TINDAKAN seorang demi seorang pemimpin dan akar umbi DAP dari Melaka bertindak keluar parti merupakan sebuah tamparan yang amat dahsyat kepada kepimpinan Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.
Genap sebulan sejurus para wakil rakyat mereka keluar DAP, seramai 182 orang pula bertindak sedemikian. Puncanya adalah dari rasa tidak percaya kepada parti itu lagi.
Bagi menutup malu terhadap perkara ini, tak mustahil akan ada yang menuduh semua ini berlaku adalah melibatkan Barisan Nasional (BN) Melaka sendiri.
Walaupun masih belum ada suara-suara sumbang sebegitu, namun percayalah pasti akan muncul pandangan sebegitu tidak lama lagi daripada beberapa pihak yang tidak berdaya menerima kenyataan.
Mereka terpaksa untuk menyalahkan pihak lain kerana tidak sanggup untuk mengaku bahawa mereka (baca DAP) kini sudah semakin lemah dan menuju kepada keretakan lebih serius.
Jadinya, kita harus menyampaikan pesanan kepada DAP agar mereka cerminkan muka terlebih dahulu sebelum bertindak mahu meletakkan salah kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment