Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 13 March 2017

‘SEBENARNYA, MAHATHIR DERA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN SELURUH KETURUNAN’

NAJIB RAZAK bergempita lagi. Kali ini Perdana Menteri di hadapan 15,000 penduduk negeri Kelantan menempelak seorang bekas pemimpin Kerajaan Persekutuan yang dianggap sebagai mendera rakyat Kelantan.
Menurut Perdana Menteri, bekas pemimpin berkenaan tidak memperdulikan rintihan dana kebajikan rakyat negeri miskin itu kerana mungkin berbeza ideologi politik.
Tidak perlu dicari lagi siapa bekas pemimpin yang dimaksudkan Najib itu. Ia sudah semestinya mirip perilaku Dr Mahathir Mohamad yang pernah berkuasa selama 22 tahun, iaitu kira-kira 30 peratus sepanjang negara kita mula mengecapi kemerdekaan.
Sebenarnya, Mahathir bukan sahaja mendera rakyat negeri Kelantan. Malah, dia turut mendera semua rakyat di seluruh negara, terutama yang berbangsa Melayu.
Slogannya kunun seorang pemimpin Ultra Melayu hanyalah gimik semata-mata yang dia cipta sendiri untuk memenuhi selera undi masyarakat majoriti negara ini. Dia sedar, jika dia tidak berjaya memenuhi selera itu, maka dia tidak akan mampu bertahan untuk berkuasa selama tempoh tersebut dalam kerajaan, mahupun parti politik.
Selama 22 tahun memerintah, ya, tidak dinafikan dia mencetuskan idea untuk pembinaan projek-projek mega seperti KLCC, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang F1 Circuit, PLUS, Langkawi dan banyak lagi.
Tapi jangan kita pura-pura, cuba tanya dalam banyak-banyak projek mega dan mercu tanda negara itu, berapa banyak yang menguntungkan bangsa kita Melayu? Berapa ramai orang Melayu sudah kaya raya melalui semua mercu tanda itu?
Sebaliknya, selama 22 tahun, Mahathir hanya dilihat ‘memberi kekayaan’ kepada beberapa orang kroninya sahaja. Tidak kira dari bangsa apa sekali pun. Malahan, anaknya sendiri sehingga ke hari ini masih berjaya berada dalam senarai orang terkaya di Malaysia.
Kemanakah yang dikatakan Ultra Melayu dan berjuang untuk agama, bangsa dan negara? Bukankah orang Melayu hanya mampu bergembira melihat mercu-mercu tanda ini tetapi tidak mampu untuk mengubah nasib hidup mereka melalui mercu-mercu tanda tersebut?
Bukankah, sehingga ke hari ini Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung pelbagai jenis kos pembiayaan hasil daripada perjanjian yang dimeterai Mahathir dengan para konsesi dan kroni? Tidakkah itu mendera rakyat keseluruhan? Kerana wang yang Kerajaan Persekutuan gunakan untuk membayar pelbagai jenis kos seperti contoh PLUS dan tol, adalah daripada wang rakyat juga.
Jadi, Mahathir bukan sahaja mendera rakyat Kelantan sahaja, tetapi dia juga telah mendera sesiapa sahaja yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Dia juga mendera Kerajaan Persekutuan sampai bila-bila hasil daripada tangan jahatnya dahulu dan akhirnya, dia telah mendera seramai 31 juta rakyat Malaysia (tidak termasuk keluarganya dan para kroninya). –Tv14

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...