Oleh Saiful Bahari Baharom
Ada sahabat FB bertanya:
“Tang hat kat mana najib bih baik dari tun??.. huraikan 1per1…”
Saya jawab:-
1. Tidak menyekat kebebasan bersuara
2. Tidak mengamalkan ISA.
3. Tidak mengamalkan kronisme di mana perjanjian atau konsesi adalah berat sebelah kepada pihak kroni.
4. Tidak mengamalkan sistem subsidi yang juga menguntungkan kroni.
5. Tidak mengamalkan dasar luar negara yang berasaskan pergaduhan.
6. Tidak mengamalkan sistem bercukai tinggi untuk melindungi secara artificial sesuatu perniagaan.
7. Tidak mengamalkan sistem subsidi yang menelan berbilion ringgit dan distort market prices and competitiveness of Malaysia’s economy.
8. Tidak mengamalkan kebergantungan yang berlebihan ke atas sebuah negara luar (Jepun).
9. Tun M membina terlalu banyak IPTA – quantity versus quality. Sekarang DSN perlu mengadakan kursus2 untuk “memulihkan” graduan-graduan agar dapat pekerjaan.
10. Membantu rakyat secara terusab dan tidak seperti Tun M yang membantu kroni dengan harapan dengan trickle-down theory akan membantu rakyat.
11. Tidak bail-out syarikat2 kroni dengan duit kerajaan.
12. Sebagai presiden UMNO, tidak mengamalkan sistem kuota untuk mempertahankan kedudukan jawatan presiden.
13. Membuka hak mengundi untuk jawatan presiden kepada kesemua ahli cawangan dan buka hanya kepada ketua-ketua bahagian sahaja.
14. Tidak mengamalkan rundingan terus untuk projek besar2.
15. Tidak membiarkan kroni-kroni membolot projek dan peluang perniagaan.
16. Tidak memulau atau memecat sesiapa yang menentang atau memutuskan peluang pekerjaan atau perniagaan kepada yang menentang.
17. Tidak rakus meminda perlembagaan untuk memusatkan kuasa kepada jawatan PM.
18. Tidak main dengan rizab asing negara hingga melibatkan kerugian berbilion ringgit.
19. Tidak memberi lesen dan konsensi kepada kroni.
20. Membantu kesemua bangsa dan suku kaum.
21. Membangunkan Sabah dan Sarawak agar mereka dapat meningkatkan tahap pembangunan seiring dengan Semenanjung.
22. Membangunkan negeri-negeri pantai timur agar tahap pembangunan seiring dengan pantai barat.
23. Tidak menunding jari kepada “bogeyman” seperti Yahudilah, Singapuralah, Amerika Syarikatlah, negara barat lah untuk mengalihkan perhatian untuk apa-apa pergolakan dalam negara.
Ok, penat dah nak taip.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/23-sebab-najib-lebih-baik-dari-tun.html
No comments:
Post a Comment