Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 5 April 2017

Media Corp, Najip Ali mohon maaf hina PM

Baru ada akai... selepas desakan berbagai pihak dalam negara, syarikat media terbesar Singapura Mediacorp memohon maaf atas tindakannya menerbitkan program komedi yang mengandungi komen-komen yang menghina Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, CCO Mediacorp, Debra Soon berkata "Episod minggu lalu termasuk komen-komen yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang tidak berhemah dan menyakiti perasaan. Oleh itu kami sudah menariknya daripada siaran ulangan dengan serta merta. Kami dengan ikhlas meminta maaf atas kesilapan ini."
Program tersebut yang dinamakan Ok Chope! itu disiarkan pada 29 Mac lalu.
"OK Chope!, sebuah rancangan mingguan yang disiarkan secara langsung, memaparkan para pelawak yang memberikan pandangan lucu tentang berita dan ehwal semasa.
Sementara itu, juri program hiburan terbitan Astro Maharaja Lawak Mega warga Singapura Najip Ali, yang 'tumpang toi' mengutuk Najib dalam rancangan itu, berkata: "Sejak beberapa hari lepas saya sudah bermuhasabah diri tentang komen-komen yang saya keluarkan semasa segmen dalam sebuah rancangan komedi Saluran 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.
Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan cuai.
"Saya ingin dengan ikhlas memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya memohon maaf daripada beliau dan daripada para penonton dan rakan-rakan saya."
Dalam program bual bicara santai 'Ok Chope' episod ke-26 yang memaparkan pengacara Vernetta Lopez, Sam See, Najip Ali, Rishi Budhrani dan Mike Kassim jelas sekali mempersendakan Najib apabila diminta melengkapkan ayat"
"Najib slams .... for threatening Malaysia' progress."
Kesemua peserta program memberi pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersenda perdana menteri.
Pada Selasa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang dilihat kurang sensitiviti dengan perasaan orang lain.
Manakala Presiden Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi mendesak penerbit rancangan itu meminta maaf secara bertulis kepada perdana menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan mereka.
"Jika Najip enggan memohon maaf, kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia," katanya.
Najip Ali diberi masa sehingga Jumaat ini untuk berbuat demikian dan laporan polis akan dibuat jika Najip enggan meminta maaf.
Setiauasa Agung Seniman, Hafiz Nafiah pula melabelkan tindakan artis-artis berkenaan adalah jijik.
"Tindakan jijik artis-artis ini menjadikan perdana menteri sebagai bahan lawak dan kecaman adalah merupakan salah satu cara untuk warga dan karyawan Singapura melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang semakin menjerut kehidupan mereka," katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/baru-desak-barulah-nak-minta-maaf.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...