Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 April 2017

Adakah ia sekadar berbuat salah dan selepas itu hanya memohon maaf? Tidak mustahil ia akan berulang lagi jika semudah itu



Cuba kita lihat kembali dalam rancangan-rancangan lawak tempatan, ada tak yang dengan sengaja mempersenda pemerintah negara jiran kita secara terang-terangan?

Rasanya tidak pernah lagi ada mana-mana rancangan di negara ini bertindak mempersenda dan menjadikan pemimpin jiran sebagai bahan jenaka untuk diketawakan oleh para peminat bahan humor kita di kaca tv atau corong radio.

Sebab itulah apabila beberapa artis negara Singapura dengan sengaja cuba menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bahan jenaka mereka dalam rancangan ‘OK Chope!‘ baru-baru ini, ia satu tindakan paling biadap dan tidak harus dimaafkan sama sekali.

Bukan sahaja boleh menganggu keharmonian hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara ini, malah tindakan beberapa artis Singapura berkenaan juga dilihat tidak patut mencampuri urusan dalaman negara jiran.

Apa manfaat dan tujuan asal mereka menganggu urusan dalaman Malaysia? Adakah ini salah satu perang psikologi peringkat tertinggi yang sengaja dilakukan oleh Kerajaan PAP Singapura untuk menyerang kepimpinan Kerajaan Islam di Malaysia?

Lazim mengetahui, PAP merupakan sebuah parti asal DAP yang merupakan penguasa utama Pakatan Harapan di negara kita.

Ini kerana stesen tv berkenaan adalah hak MediaCorp yang dimiliki oleh syarikat Temasek yang juga dikuasai Kerajaan PAP Singapura.

Soalnya, kenapa perlu stesen tv Singapura kerap berbincang mengenai urusan Malaysia?

Walaupun empunya tubuh iaitu Perdana Menteri kita yang terkenal dengan sikap berjiwa besar itu mungkin mampu untuk memaafkan keseluruhan pelaku yang menghina dan mempersenda beliau, namun maruah keseluruhan rakyat Malaysia bagaimana?

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/adakah-ia-sekadar-berbuat-salah-dan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...