MELOMPAT orang-orang Mahathir bila TV3 menyiarkan semula rakaman-rakaman tentang pelbagai kutukan dan tuduhan yang dilemparkan orang-orang Pakatan seperti Anwar dan Rafizi ke atasnya pada satu ketika dulu. Mendidih hati agaknya bila Mahathir terbukti seorang penipu. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.
Dulu tak dulu sangatlah, kesemuanya pun masih relevan dengan keadaan semasa.
Yang pentingnya sekarang, apa yang salah, undang-undang mana yang dilanggar? Kalau takde salah apa, nak bising buat apa? Jika salah kandungan dalam rakaman itu, samanlah orang Pakatan yang menyebutkannya, jika menyiarkan rakaman itu satu kesalahan, tunjuklah dimana salahnya?
Politik adalah berkenaan prinsip dan bila prinsip berubah macam tukar seluar dalam, dirakam pulak lagi, bodohlah kepada mana-mana pihak pun kalau tidak mengambil kesempatan darinya. Malah jatuh hukum wajib pulak lagi untuk disiarkan semua percanggahan kata-kata ini, biar semua orang tahu.
Dari awal sudah dikatakan, kemasukan Mahathir ke dalam pakatan pembangkang ini menguntungkan UMNO sebenarnya. Buat pertama kali sejak berpuluh tahun lepas, PRU14 yang akan datang ini akan menjadi yang pertama tanpa tidak hiruk pembangkang dengan ‘tahi-tahi’ Mahathir seperti Perwaja, BMF, skandal Forex, kekayaan anak-anaknuya dan sebagainya.
UMNO/BN boleh berlapang sekarang dari masalah Mahathir. Dulu perang melawan pembangkang ini adalah sama maksudnya dengan menjawab semua tuduhan yang mereka lemparkan kepada Mahathir, sekarang sudah tidak lagi.
Percayalahlah, kalau ada satu rakaman yang menunjukkan Najib pernah pada satu ketika memuji PKR atau DAP, puak-puak itu pun tidak akan lepas peluang untuk mensensasikannya. Sekarang ni tak untung kat dia, memang dia memekaklah. Maklum sajalah, penyiaran semula rakaman ini ibarat satu peluru kena dua mangsa – yang cakap kena, yang dicakapkan pun kena.
Itu satu peluru, sekarang ni bersepah peluru – tunggu masa nak keluar saja.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/apa-salah-menyiarkan-rakaman-pakatan.html
No comments:
Post a Comment