Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 April 2017

AWAS DENGAN AGENDA KUMPULAN LIBERAL MELALUI WASATIYYAH



Kumpulan liberal di negara ini dikesan mempunyai perancangan rapi dan tidak semberono dalam menentang konsep wasatiyyah yang diperkenal kerajaan .

Walaupun hanya minoriti, kumpulan itu dengan perancangan rapi berjaya memanipulasi konsep wasatiyyah sekali gus mengelirukan umat Islam mengenai prinsip kesederhanaan yang sebenarnya.Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd Yusof Din berkata kumpulan mendukung konsep kesederhanaan perlu mempunyai kesedaran tinggi dan usaha jitu bagi membanteras usaha kumpulan yang sengaja mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

“Kumpulan liberal ini cuba menggambarkan maksud wasatiyyah mengikut fahaman atau tanggapan mereka sendiri, menggunakan pelbagai ruang untuk penuhi tuntutan mereka dan selagi tidak dipenuhi, mereka tidak akan berhenti. “Atas sebab itu, menjadi kewajipan kita (umat Islam) untuk memahami apa yang dituntut oleh agama supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai agenda kumpulan liberal berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam Muzakarah Tiang Seri 1 ‘Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai Manhaj Wassatiyyah’ pada majlis Muzakarah Tiga Tiang Seri Melayu, di Auditorium Kompleks Islam di sini pada Sabtu.

Mohd Yusof berkata konsep wasatiyyah atau kesederhanaan secara asasnya dikategorikan sebagai berada di pertengahan iaitu tidak melampau serta tidak longgar.  Beliau berkata atas premis itu, pihaknya malah kerajaan menolak fahaman ekstremisme dan tidak menyokong perjuangan anak muda, khususnya dari Malaysia untuk pergi ke Syria, yang kononnya atas nama jihad.

“Kita melihat apa yang dilakukan anak muda (yang ke Syria) itu sebagai melampau dan kita secara keras menolak orang Islam yang mempunyai pemikiran sebegitu.

“Malah, lebih teruk, perbuatan ganas atau ekstrem mereka itulah yang memberi dan memalitkan gambaran buruk kepada masyarakat barat bahawa Islam adalah satu agama berbahaya,” katanya.  Muzakarah anjuran Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (GAMIN) itu dirasmikan Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata aktivis Islam yang mahu mempertahankan sebarang isu yang dikemukakan oleh kumpulan liberal terbabit perlu menguasai ilmu perundangan dan perlembagaan.

Sebagai aktivis, amat perlu untuk fahami apa yang mereka sampaikan dan untuk berdepan kumpulan itu, kita perlu menguasai bidang tersebut yang boleh menjadi strategi dalam setiap perancangan dan pertarungan, katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/awas-dengan-agenda-kumpulan-liberal.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...