POLITIK parti lawan ketika ini adalah politik benci-membenci. Kata orang putih the politics of hate.
Macam-macam dimomokkan. Negara kononnya akan bankraplah. Tetapi dalam sibuk tabur fitnah ‘Malaysia bakal bankrap dan banyak pengemis’, pemuda dari pakatan harapan ada pula yang kaya raya. Pelik kan?
Pakatan harapan diketuai DAP kini membakar hati dan menimbulkan kebencian kepada Barisan Nasional (BN), UMNO dan pemimpin tertentu. Ini supaya dengan kerana kebencian ini rakyat tidak lagi dapat menilai sesuatu dengan sewajarnya.
Dan akan beralih dan menyokong mereka dan mengundi mereka semasa pilihan raya. Bukan kebaikan negara, atau agama, atau bangsa atau pengundi yang dijanjikan oleh mereka. Bukan kemampuan mereka yang lebih baik daripada BN yang mereka tonjolkan.
Yang menjadi asas kempen mereka ialah kepercayaan bahawa kebencian manusia dapat mengabui mata dan menimbulkan amarah sehingga tidak lagi dapat membezakan baik dengan buruk. Dengan itu memilih yang buruk.
Jika kerana pemilihan yang salah ini, pengundi alami kerugian dan negara hancur sekalipun, ini tidak mengapa bagi parti pembangkang. Yang utama ialah mereka menang. UMNO perlu berhati-hati dengan kempen membenci ini.
Ada berpendapat cabaran kali ini lebih besar. Cabaran yang kita hadapi bukan sahaja dari luar, tetapi daripada bangsa Melayu sendiri, bahkan daripada umat Islam di Malaysia sendiri.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/kekang-politik-benci-sebelum-pru-14.html
No comments:
Post a Comment