Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 April 2017

CERMIN DIRI DULU SEBELUM NAK MENYIBUK HAL ORANG LAIN



Menyibuk betul puak-puak pembangkang memberi komen berhubung perlantikan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas Di Jabatan Perdana Menteri. Dari semalam hingga hari ini, mereka masih belum puas melaga-lagakan kepimpinan kerajaan.

Misalnya Rafizi Ramli mendakwa perlantikan Hishamuddin itu tidak baik untuk Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Manakala Lim Kit Siang pula mendakwa Hishamuddin kini merupakan pemimpin kedua paling berkuasa selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Itu baru dua komen, masih banyak lagi komen-komen senada dengan dua pemimpin Pakatan Harapan tersebut. Jika boleh, mereka mahu Ahmad Zahid dan Hishamuddin bergaduh, dan kemudian menuding jari kepada Najib sebagai penyebab pergaduhan?

Pada pandangan penulis, perlantikan Hishamuddin itu hanyalah perkara biasa dan pernah berlaku sebelum ini di dalam kerajaan. Cuba semak semula lantikan ‘King Ghaz’ di zaman Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak atau Tun Daim Zainuddin di zaman ‘diktator’. Itu normal.

Yang penulis pelik, kenapa hal ehwal autoriti dan kuasa pemimpin kerajaan yang dipersoal sedangkan banyak lagi hal ehwal kepimpinan Pakatan Harapan yang belum selesai hingga kini. Malah masalah mereka lebih rumit, bukan?

Contoh pertama, kenapa hingga kini puak Pakatan Harapan masih belum mampu memberitahu rakyat tentang siapa yang mereka calonkan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika berjaya membentuk kerajaan pusat.

DAP bersungguh-sungguh mahukan Anwar. Tapi pemimpin yang mereka pernah panggil ‘maha-zalim’ pula enggan beri kata putus mengenai calon yang dipersetujui. Bila diajukan soalan, cepat saja dia jawab ‘tidak relevan’? Sudah jadi macam Augustine Paul pula dia?

Contoh kedua, kenapa lantik pemimpin yang sejarahnya dikenali sebagai ‘maha-firaun’ dan wanita yang menjadi ‘mangsa’nya sebagai ‘penasihat’ Pakatan Harapan. Konon mahu rakyat melihat semua pertikaian lalu sudah kembali jernih?

Pada hemat penulis, apa yang berlaku dulu amat sukar untuk dipadam. Hakikat itu terlalu pedih buat Wan Azizah, anak-anaknya, sanak keluarga serta sahabat handai. Itu diakui sendiri olehnya sebelum ini. Mungkin dimaafkan, tapi pasti tidak mungkin dapat dilupakan, bukan? Ikhlaskah begitu? Tiada istilah ‘forgive and forget!

Paling menghairankan, ‘de facto’ sebenar Pakatan Harapan tidak pula ditonjolkan atau diberi jawatan tertinggi dalam gabungan mereka? ‘Maharaja’ tidak diberi kedudukan sewajarnya? Atau memang sengaja dibuat begitu bagi mengaburi mata rakyat?

Pada pandangan penulis, rakyat di negara ini tidak bodoh. Mereka tidak ‘buta’, tidak ‘pekak’ dan tidak ‘bisu’. Mereka tahu siapa sebenarnya yang menguasai Pakatan Harapan. Tidak perlu diumum atau diberitahu, mereka sememangnya jelas tentang kedudukan parti ‘Maharaja’.

Itu baru dua contoh jelas. Padahal, ada banyak lagi pertikaian dan titik-titik perbezaan di antara mereka. Masalah kabinet bayangan, isu pembahagian kerusi, pemilihan calon-calon pilihan raya, manifesto, dasar-dasar dan banyak lagi yang belum mereka yakinkan rakyat.

Mereka cuma ada satu saja titik persamaan iaitu mahu jatuhkan BN. Hanya itu saja yang menyatukan ‘busuk hati perut’ mereka. Melucukan, hanya atas dasar itu saja mereka bergabung dan mendakwa mereka sepakat? Memang huru-hara jadinya..!

Justeru itu, penulis menyarankan supaya tempah sebesar-besar cermin di mana-mana kedai dan cermin diri sendiri selama mungkin terlebih dahulu sebelum menyibuk tentang suatu yang sebenarnya langsung tidak menjadi isu untuk diperkatakan.

Jika soal jawatan dalam parti pun bergaduh besar sampai keluar parti di sana-sini, masih ada hati lagi mahu menyibuk tentang prerogatif dan kesefahaman di dalam Kerajaan BN? Macam itu mahu tewaskan BN? Tolonglah guna otak di kepala, jangan guna buku lali untuk berfikir… -Mykmu

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/cermin-diri-dulu-sebelum-nak-menyibuk.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...