Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman menggesa Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil serius tindakan seorang pengasas parti, Kamarulazman Habibur Rahman yang mengumumkan keluar parti hari ini.
Menurut Hamidah, Muhyiddin perlu menyelesaikan isu berkenaan dengan segera, tambahan pula Kamarulazman bukan ahli biasa.
"Ini adalah sesuatu yang serius, dia (Kamarulzaman) bukan ahli biasa tetapi adalah pengasas tujuh parti awal, dan dia juga seorang MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi).
"Kalau orang yang awal-awal pun dah berasa kecil hati dan tidak puas hati, jadi Presiden Tan Sri Muhyiddin tidak boleh berdiam diri dan menganggap perkara ini perkara kecil," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos.
Dalam pada itu, Hamidah berkata, perkembangan itu dikhuatiri akan menjejaskan imej parti sekiranya ia tidak diselesaikan.
"Saya khuatir ini menjadi satu permasalahan jika pihak pucuk pimpinan masih berdiam diri dan masih melihat ini sebagai perkara yang tidak penting untuk diselesaikan ia akan merosakkan imej parti," katanya.
Kamarulazman hari ini mengumumkan keluar dari PPBM selepas kecewa dengan krisis dalaman parti tersebut.
Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati kerana mendakwa parti mengamalkan pilih kasih selain kronisme yang serius.
Beliau merupakan salah seorang pengasas PPBM, yang kemudian memegang jawatan Setiausaha Kerja, yang kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/kah-kah-kahhamidah-gesa-muhyiddin.html
No comments:
Post a Comment