Penyiaran karikatur RUU355 oleh akhbar harian Nanyang Siang Pau yang berunsur penghinaan dan secara tidak langsung menyentuh sensitiviti agama bukanlah satu keterlanjuran.
Sebaliknya ia adalah disengajakan, dirancang dan bermotif yang mewakili pendirian serta kepentingan politik pihak tertentu. Dalam erti kata mudah, PAS sebagai sasaran dalam isu tersebut tahu kalangan yang berangkara mengatur permainan sangat jahat ini.
Permohonan maaf hanyalah alasan lunak dalam mengisi plot-plot lanjutan menuju kepada banyaknya lagi sandiwara yang akan dioperakan, termasuk menggunakan pelakon tambahan berbayar dan sedia serta setia diperalatkan.
Penyiaran karikatur itu sendiri menggambarkan betapa gelisah, kecewa, marah dan bebalnya mereka, selain peranan para pelabur dana, aset dan medium untuk menjayakan modul operasi tersebut.
Malangnya, mereka menjerumuskan diri ke kancah yang terlalu merbahaya dan melanggar sempadan secara melulu lagi emosi melibatkan agama dan kaum. Tetapi inilah selalunya modal pihak yang terdesak dan tersepit di mana pencerobohan sedemikian sememangnya untuk menzahirkan penentangan mereka.
Namun ternyata mereka lupa bahawa keangkuhan cauvinisme dan rasisme mereka akhirnya akan membakar diri. Untuk memahaminya, imbas kembali kronologi berikut:
• *30 September 2005*: Akhbar Denmark, _Jyllands-Posten_ menyiarkan karikatur karya kartunis, Kurt Westergaard yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dan tidak bermoral;
- Arab Saudi, Libya, Sudan dan Qatar bertindak menutup kedutaan mereka di negara itu
- Tujuh lagi akhbar iaitu di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol meneruskan penerbitan sama sebagai sokongan moral kepada _Jyllands-Posten_
- Ikhwanul Muslimin lancar kempen memboikot barangan Denmark dan Norway
- Amir Jamaat Islami, Qazi Hussin memimpin ratusan ribu umat Islam Pakistan berdemonstrasi, tetapi beliau kemudian dikenakan tahanan rumah
• *3 Februari 2006*: _Guang Ming Daily_ juga melakukan tindakan sama. Atas desakan massa, akhbar itu digantung penerbitannya selama dua minggu oleh kerajaan;
• *4 Februari 2006*: _Sarawak Tribune_ menyiarkan lakaran kartun sama. Turut diselitkan rencana sinikal bertajuk “Cartoons: Not Much Impact Here”;
- Umat Islam Malaysia menunjukkan protes luar biasa hingga mengheret PM mengeluarkan kenyataan
- Pengurusan Sarawak Tribune terpaksa menghentikan penerbitannya dan premis akhbar itu dikawal pihak keselamatan. Kerajaan kemudian menggantung lesen penerbitannya.
Kini perangai sama sedang diperlakukan dengan menjadikan akhbar-akhbar berkaitan sebagai proksi terhadap agenda terselindung pihak tertentu itu yang bersembunyi secara bacul dan pengecut.
Mereka tidak akan berhenti melainkan sekadar ‘berdiam’ seketika, itupun seandainya umat Islam bangkit menunjukkan amaran dan ketegasan.
Izwan Abdul Halim
Wartawan Harakah.net
No comments:
Post a Comment