Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 April 2017

Menyambung talian keluarga di Teluk Intan

Adapun selepas mempersembahkan artikel Ke Pesta Buku Selangor 2017, tengah hari Ahad lalu saya sepatutnya menyambung gerak dengan berkongsi cerita apa yang berlaku pada hari Sabtu sebelumnya. Namun tak sempat kerana harus berkejar ke Janda Baik pula untuk satu majlis. Petang ini baru ada kelapangan untuk menyambung gerak.


Sabtu 15 April 2017 sekitar jam 2.30 petang. Saya dan keluarga sampai ke majlis perkahwinan dua orang adik sepupu yang diadakan di Batak Rabit, Teluk Intan.


Kami sampai ketika majlis hampir selesai. Dua orang adik sepupu itu adalah anak kepada seorang adik perempuan ayah saya. 


Batak Rabit adalah kampung asal ayah. Nenek moyang kami pernah memegang seluruh hilir Perak dan kampung ini salah satu pusat utama dari mana keluarga kami mentadbir jajahan takluk.


Sudah lebih setahun kami tak singgah ke Batak Rabit. Saya pun membawa keluarga singgah di masjid lama lalu menziarahi kawasan pemakaman di sebelah yang diperuntukkan hanya untuk ahli keluarga. Lihat artikel-artikel berikut yang baru dikongsikan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi...





Selepas itu kami menuju ke pusat bandar Teluk Intan lalu terlihat warung tepian sungai ini.


Di sebelahnya ada jeti yang memberikan pemandangan cantik Sungai Perak. Lihat artikel Perak river from a western part of Teluk Intan town di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dah sampai bandar Teluk Intan rasa tak sah kalau tak singgah menara condongnya yang terkenal...



Kami turut menziarahi makam Sultan ke-22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Syah I yang terletak di pinggir timur bandar.


Kami juga mengambil kesempatan untuk menziarahi makam tua seorang moyang yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor. 


Walaupun ketika itu sudah turun hujan kami gagahkan juga masuk ke kawasan pendalaman yang menempatkan makam demi melengkapkan lawatan di Teluk Intan. Terasa lawatan berkesinambungan dengan perjalanan kami di Aceh yang baru sahaja selesai 3 minggu sebelum itu. Lihat artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari..

http://merahsilu.blogspot.my/2017/04/menyambung-talian-keluarga-di-teluk.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...