Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 April 2017

Populasi umat Islam lebih ramai dari Kristian dalam tempoh 20 tahun, lapor kajian di AS


NEW YORK, 9 Rejab 1438H, Khamis – Populasi umat Islam akan bertambah dan menjadi agama terbesar di dunia menjelang akhir abad ini, lapor kajian terbaru Pusat Penyelidikan Pew di Amerika Syarikat.
Memetik The Wall Street Journal (WSJ), laporan itu mendedahkan kadar kelahiran umat Islam dijangka melebihi penganut Kristian dalam tempoh 20 tahun.
Penyelidik utama kajian itu, Conrad Hackett berkata, Islam agama paling cepat berkembang dengan populasi umat Islamnya telah meningkat lebih 150 juta orang kepada 1.8 bilion orang antara 2010 hingga 2015.
Katanya, populasi umat Islam di seluruh dunia dijangka berkembang 70 peratus antara 2015 hingga 2060, manakala Kristian pula berkembang sebanyak 34 peratus.
Meskipun agama Kristian masih menjadi agama terbesar di dunia ketika ini, tetapi ia berkembang perlahan, dan ebahagian besarnya disebabkan populasi semakin merosot di Eropah.
“Terdapat 2.3 bilion penganut Kristian setakat 2015. Kelahiran penganut Kristian di seluruh dunia mencecah 33 peratus lebih sedikit daripada jumlah kelahiran umat Islam sejak beberapa tahun ini.
“Kadar kematian penganut Kristian sebanyak 37 peratus di seluruh dunia juga adalah hampir 2 kali ganda lebih tinggi daripada penganut agama lain. Agama Kristian sedang mati di Eropah,” katanya.
Antara faktor mempengaruhi pertambahan penganut kedua-dua agama itu ialah kesuburan.

Laporan itu mengatakan jumlah umat Islam bertambah sedikit beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan individu yang memeluk agama itu, manakala Kristian pula kehilangan penganutnya akibat pertukaran agama.
Selain itu, dilaporkan 16 peratus populasi dunia tidak mempunyai sebarang agama, dengan kebanyakannya tinggal di China. 
Kumpulan itu paling bermanfaat daripada pertukaran agama, dengan lebih 12 juta orang dijangka meninggalkan sebarang agama antara 2015 dan 2020.
Bagaimanapun, peratusan populasi dunia yang tidak mempunyai sebarang agama dijangka menurun dalam beberapa dekad akan datang kerana kadar kelahiran rendah berbanding kumpulan agama lain. -Agensi
-ismaweb
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/04/populasi-umat-islam-lebih-ramai-dari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...