Hubungan antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) semakin parah di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, demikian akui Vladimir Putin.
Presiden Rusia berkata demikian menerusi temuramah di stesen televisyen Mir di mana transkripnya disiarkan Kremlin.
Kata Putin, tahap kepercayaan khususnya di pihak tentera, tidak menunjukkan sebarang peningkatan, sebaliknya lebih buruk.
"Anda boleh katakan tahap kepercayaan di peringkat kerjasama, terutama dari segi ketenteraan, tiada sebarang kemajuan malah kemungkinan bertambah buruk," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Setiausaha Negara AS Rex Tillerson dan rakan sejawatannya dari Russia, Sergei Lavrov mengadakan rundingan dalam suasana tegang susulan dakwaan serangan senjata kimia Syria diikuti peluru berpandu oleh Washington.
AS menyalahkan sekutu Rusia dan Presiden Syria Bashar al-Assad berhubung serangan maut yang mengorbankan sejumlah besar orang awam serta melancarkan peluru berpandu ke atas satu daripada pangkalan udara rejim sebagai tindak balas.
Bagimanapun, Putin dengan berang menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap Damsyik dan menyelar pengeboman AS itu sebagai 'pencabulan undang-undang antarabangsa'.
Walaupun hubungan antara Rusia dan AS diharap semakin baik di bawah pentadbiran Trump, namun ia dilihat tipis berikutan dakwaan Putin terbabit dalam konspirasi memastikan Trump dipilih sebagai Presiden AS. -AFP
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/putin-anggap-hubungan-rusia-as.html
No comments:
Post a Comment