KENYATAAN MEDIA
Dengan merujuk kepada kenyataan Sdr. Rafizi Ramli bertarikh 13.4.2017, saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya selain merupakan suatu fitnah jahat terhadap saya mahupun Parti Islam Se- Malaysia (PAS).
Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut.
Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat.
Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa
Kuala Lumpur 14 April 2017
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/nasha-jawab-gak-akhirnya-kita-tengok.html
No comments:
Post a Comment