Pada 8 Jan 1999 selepas pentadbiran Mahathir mengalami tsunami kepimpinan selepas era pemecatan Anwar Ibrahim dan gelombang REFORMASI rakyat, dengan cara terdesaknya Mahathir melantik ramai tokoh-tokoh pemimpin baru dan muda untuk memperkukuhkan jentera pentadbirannya.
Apa yang amat ketara sekali jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas yang diwujudkan pada masa itu lebih kepada sebagai "pak sanggup" bagi menutup lubang mana yang bocor.
Jawatan tersebut diserahkan kepada DAIM ZAINUDDIN yang mempunyai banyak kepentingan pada diri Mahathir dan juga kepada kroninya yang lain.
DAIM sebelum itu yang telah melepaskan jawatan dari kerajaan pada 1991 dikutip semula bagi membantu Mahathir memulihkan jentera pentadbirannya.
Memang tidak dinafikan dulu pada zaman Tun Razak dan Pak Lah juga telah wujud perlantikan menteri tugas-tugas khas ini bagi membantu memantapkan jentera pembangunan dan pentadbiran dibawah pentadbiran masing-masing.
Berbeza dengan pendekatan PM Najib yang memilih Hishamuddin yang masih muda dan masih berkhidmat dengan kerajaan yang sedia ada. Kesetiaan dan kerjasama yang bakal terjalin diantara 3 teraju utama iaitu PM, TPM dan Hishamuddin akan memantapkan lagi jentera, tugas-tugas dan melicinkan segala urusan pentadbiran di dalam Jabatan Perdana Menteri.
Spekulasi sumbang di luar sana hanya membawa persepsi buruk dan hanya sembang kedai kopi yang hanya akan merosakkan minda rakyat.
Hanya PM Najib dan jenteranya tahu apa yang perlu dilakukannya bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional terus relevan memacu negara ke arah yang lebih baik.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/kenapa-mahathir-buat-boleh-tapi-bila.html
No comments:
Post a Comment