Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 13 May 2017

DAP MAHU PAS KELUAR DARI KERAJAAN NEGERI, DUDUK BERSAMA UMNO SEBAGAI PEMBANGKANG



Keputusan Pas yang mahu terus berada dalam kerajaan Selangor walaupun tidak lagi mempunyai hubungan politik secara rasmi dengan PKR dipandang sinis oleh DAP.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua melalui akaun Facebooknya sebaliknya mempersoalkan pendirian terkini Pas itu selain mahu parti tersebut keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri dan menyertai UMNO dalam barisan pembangkang di negeri ini.

“Jika tiada hubungan politik, kenapa berada dalam kerajaan campuran (Selangor)? Duduk dalam pembangkang bersama UMNOlah,” katanya dalam satu posting diTwitternya.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bahawa parti itu akan kekal sebagai sebahagian daripada komponen dalam kerajaan negeri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas alasan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pas pada PRU13.

Kenyataan Sallehen itu dibuat sejurus selepas Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan hubungan politik atau tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR telah terbatal berkuatkuasa serta-merta semalam. – UTUSAN ONLINE

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/dap-mahu-pas-keluar-dari-kerajaan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...