Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 13 May 2017

Berita : Khabar palsu…konon yuran universiti awam naik sehingga 200 peratus mulai September


Ini semua tidak lain tidak bukan jalan pintas untuk bikin orang marah pada kerajaan tak tentu pasal.


Apa lagi ia melibatkan puluhan ribu pelajar di universiti awam di seluruh negara.



Khabar yang cuba disebar menang tidak lojik.Namun masalahnya ada yang pendek akal mudah cepat percaya tanpa usul periksa.



Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terpaksa menafikan laporan di sebuah blog yang bikin cerita kononnya kadar yuran universiti awam naik sehingga 200 peratus mulai sesi kemasukan September ini.



Dalam kenyataan ringkas Jumaat, KPT menyatakan berita yang tular di media sosial itu adalah tidak benar.



Blog berkenaan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan bagi menampung sumber kewangan universiti awam berikutan pengurangan pemberian peruntukan kewangan oleh kerajaan.



Jadi titik…ini khabar palsu.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...