Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 26 May 2017

INI SEBABNYA MENGAPA EXCO SRIKANDI PPBM LETAK JAWATAN



Kesal dengan kemelut politik tidak matang Bersatu Perak, Exco Srikandi Bersatu Perak, Zulaiha Sidek melepaskan kedua-dua jawatannya dalam parti.

Zulaiha mengakui keputusan yang dibuat ini adalah keputusan sendiri bukan disebabkan desakan mana-mana pihak.

“Tidak sepatutnya berlaku keretakan, pepecahan dan berpuak-puak dalam Bersatu kerana tidak mencerminkan moto parti iaitu bersatu, bermaruah dan beramanah.



“Kepimpinan pusat dan negeri perlu memberi perhatian khusus kepada suara akar umbi seterusnya mengambil tindakan yang efisien terhadap setiap permasalaha yang timbul,” katanya ketika sidang media tadi.

Sebelum ini wujud desakan dalam kalangan anggota dan kepimpinan Bersatu Perak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai presiden parti.

Ia susulan dakwaan Muhyiddin menjadi punca sebahagian besar daripada 24 bahagian Bersatu di negeri ini berpendapat Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan parti yang berlaku di peringkat kebangsaan dan negeri.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/ini-sebabnya-mengapa-exco-srikandi-ppbm.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...