Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 26 May 2017

Nik Abduh ulangi seruan Mahathir bertaubat dan sembahyang



Tun Mahathir Mohamad yang kerap buat kenyataan 'gila' akhir-akhir ini sekali lagi menarik perhatian Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, AJK PAS Pusat itu sekali lagi menasihatkan Mahathir supaya bertaubat dan berhenti menyerang parti Islam itu serta bapanya dengan mengaitkan isu “Tuhan mencarut”.

Menurutnya tindakan bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu menyelar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah meninggal dunia menggambarkan kecelaruannya dengan hambatan sejarah silam yang menghantuinya.

“Ketika beliau berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik tuan guru. Dendamnya belum berakhir.

“Dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan. Beliau gembira PAS pecah, tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah dan gagal melemahkan PAS sedikit pun.

“Saya kekal menyerunya bertaubat dan kembali ke tikar sejadah. Itulah yang terbaik untuk beliau di hujung hayatnya. Tak payahlah buat kerja ‘lu langsi lu mati’ yang berulang-ulang sejak muda sampai tua,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk serangan terbaharu Mahathir ke atas PAS dan Nik Aziz dengan mengulangi kata-kata bekas menteri besar Kelantan itu mengenai isu “Tuhan mencarut” yang pernah mencetuskan kontroversi sejak 1999.

Nik Abduh turut menyindir Mahathir tidak mempunyai pendirian tetap dan suka bermusuhan dengan orang lain. Beliau menyenaraikan beberapa tindakan negarawan itu memecar pemimpin tidak digemarinya.

“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak. Saya nasihatkan dia jangan pula angkat Mukhriz nanti. Nanti Mukhriz pun dipecatnya,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyeru rakyat Malaysia boleh menghormati Dr Mahathir sebagai negarawan, tetapi perlu menolak perjuangan politiknya ketika ini.

“Untuk rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik. Hormati Tun Mahathir. Dia negarawan. Tapi untuk masa depan negara yang lebih sejahtera, biarkan dia berehat menuju Allah. Generasi baru perlu memilih Islam sebagai panduan hidup. Mari menuju sebuah negara sejahtera dengan Islam,” sindirnya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/nik-abduh-ulangi-seruan-mahathir.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...