Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 27 May 2017

PROTON & Nasionalisme

PROTON & Nasionalisme
Seperti yang dijangka selepas DRB-Hicom menjual 49.9% pemilikan PROTON kepada syarikat automobil China, Geely ada yang akan meraung kerajaan menjual aset negara.
Ada yang menitikkan air mata, kononnya habis aset negara dijual, lepas ni dengan negara-negara sekali kena jual.
Ada yang kata hilang semangat patriotisme, nasionalisme dan segala ‘isme’ selepas ikon nasional ini dijual kepada orang asing.
Ada yang bising, lepas ni PROTON tidak akan dikenali sebagai kereta nasional tetapi kereta China.
Ada yang tanya kenapa PERODUA boleh untung dan jual lebih banyak kereta tetapi PROTON tak boleh?
Proton Kekal Syarikat Kereta Nasional
Yang meraung ni tak tahu, dah lama kerajaan jual PROTON kepada syarikat persendirian DRB-Hicom tahun 2012. Bila dah jadi milik persendirian adakah ianya dikira sebagai aset negara lagi?
Yang menitikkan air mata ni tak baca, malas membaca atau tak mahu baca? Menjual pegangan 49.9% yang merupakan pegangan minoriti berbanding pegangan saham DRB-Hicom yang masih 50.1% dan majoriti. Beribu-ribu syarikat tempatan termasuk GLC-GLC yang tersenarai di Bursa Malaysia dimiliki syarikat asing dengan pegangan minoriti adakah itu jual negara juga?
Yang hilang semangat patriotisme dan nasionalisme adakah begitu sempit pemikiran menjadikan sesebuah entiti yang rugi ratusan juta setiap tahun dan mengharapkan billion ringgit bantuan kerajaan setiap tahun sebagai simbol untuk membangkitkan patriotisme dan nasionalisme dalam diri?
Yang kata PROTON kini bukan lagi kereta Malaysia tak tahukah Jaguar Land Rover syarikat British dimiliki sepenuhnya Tata Motors syarikat India, Volvo syarikat Sweden dimiliki Geely syarikat China, Aston Martin syarikat British dimiliki Daimler syarikat Germany, pelabur Amerika Syarikat dan Kuwait. Adakah Jaguar Land Rover kini dikenali sebagai kereta India? Adakah Volvo kini dikenali sebagai kereta China? Adakah Aston Martin dikenali sebagai kereta Germany, Amerika Syarikat mahupun Kuwait? PROTON akan kekal menjadi jenama Malaysia. Jaminan telah diberi oleh Menteri Kewangan Ke-II Datuk Seri Johari Abdul Ghani tenaga kerja akan dikekalkan, vendor pembekal akan dikekalkan. Masih risau PROTON jadi jenama China?
Kenapa Perodua Berjaya Berbanding Proton?
Yang tanya pasal PERODUA ni tak tahukah anda 38% saham PERODUA dimiliki oleh syarikat Jepun Daihatsu dan Mitsui? Tak tahukan anda PERODUA adalah syarikat kerjasama strategik antara syarikat Malaysia UMW dan MBM Resources dengan syarikat Daihatsu dan Mitsui sejak 1990an? Syarikat Jepun boleh tapi syarikat China tak boleh? Kenapa tak beri peluang kepada PROTON ikat kerjasama strategik dengan syarikat asing? Siapa tahu PROTON boleh bangkit semula, mencatat keuntungan dan menjadi kereta pilihan pertama rakyat Malaysia semula?
Sebagai seorang yang memandu kereta PROTON saya tak kisah jika PROTON dijual saham minoritinya kepada syarikat asing untuk PROTON lebih berdaya saing dan keluar daripada mengharapkan tongkat daripada kerajaan.
Tidak ada aset negara, ikon negara atau jenama negara yang dijual kepada China. Yang hanya dijual adalah 49.9% saham PROTON daripada sebuah syarikat swasta DRB-Hicom kepada sebuah syarikat swasta asing Geely Auto.

Baca Juga: Mengapa Penggiat Automotif Global ‘Kejar’ Proton?
Baca Juga: Mahathir Nasihat Mokhzani Henti Edar Porsche & Beli Proton

Dah berpuluh tahun PROTON dilindungi oleh kerajaan, pembayar cukai, pembeli kereta di Malaysia melalui dasar protectionism yang melampau seperti duti eksais yang tinggi dikenakan ke atas kereta jenama lain terutamanya import, PROTON pula diberi rebat duti eksais 50%, diberi geran penyelidikan, diberi pinjaman mudah dan pelbagai lagi bantuan kerajaan. Dah tiba masa PROTON berdiri sendiri, bersaing sendiri, jika ia benar-benar mahu menjadi lambang kebanggaan negara.
p/s: Yang bising-bising 49.9% saham PROTON kena jual ni beli PROTON tak? Tahun lepas jualan PROTON jatuh 30%. Ke beli Toyota, Honda, Mazda?
Oleh Syahir
https://www.wakeupmalaya.com/2017/05/proton-nasionalisme/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...