Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 28 May 2017

‘Viralkan Demi Negara & Anak Cucu Tercinta’, Baca & Berlaku Adil

Saya menerima mesej yang ditularkan dalam salah satu group WhatsApp seperti berikut:
*SEMBOYAN TELAH BERBUNYI!!! SEMUA VETERAN TENTERA BERSEDIA:* LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT DI SELURUH NEGARA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA HUBUNGAN YANG CUBA DIJALINKAN ANTARA PARTI UMNO DAN MCA DENGAN PARTI KOMUNIS CHINA (CPC). KITA VETERAN BERPERANG MENGHAPUSKAN KOMUNIS DARI TANAHAIR TERCINTA HINGGA RAMAI YG KEHILANGAN NYAWA, ANGGOTA BADAN DAN CEDERA KINI ADA PENGKHIANAT DI KALANGAN KITA CUBA MENJADI BUDAK SURUHAN KEPADA BEKAS MUSUH KITA. TAKKAN MEREKA SUDAH LUPA BAHAWA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) DULU MENDAPAT SOKONGAN MORAL DAN MATERIAL DARI CPC. KITA BUKAN MENENTANG HUBUNGAN DAGANG DENGAN NEGARA CHINA TETAPI MEWUJUDKAN HUBUNGAN POLITIK DENGAN CPC SEHINGGA KE TAHAP MENGHANTAR ANGGOTA UNTUK DILATIH OLEH CPC ADALAH TINDAKAN MELANGGAR BATASAN DAN AMAT2 MENGGURIS HATI ANGGOTA TENTERA SAMADA YG MASIH BERKHIDMAT ATAU YG SUDAH BERHENTI. APAKAH PARTI2 PEMERINTAH SUDAH BEGITU TERDESAK MENCARI DANA UNTUK MEMBAYAR SEGALA HUTANG PIUTANG NEGARA YG SEMAKIN MENIMBUN AKIBAT SALAH TADBIR, KEBOROSAN DAN ROMPAKAN SIANG HARI TERHADAP HARTA NEGARA MELALUI SKANDAL-SKANDAL SEPERTI 1MDB, SRC DAN LAIN-LAIN SEHINGGASANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA DENGAN MENJALINKAN HUBUNGAN SONGSANG DENGAN PARTI KOMUNIS CHINA (CPC). SEBAGAI PERMULAAN SATU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT OLEH VETERAN DARI NGO PERTUBUHAN VETERAN PERWIRA NEGARA MALAYSIA (PVPNM) DIKETUAI PENGERUSINYA PEGAWAI WARAN (B) AZIZAN BIN SALLEH:
*TARIKH: 21 MEI 2017 (AHAD)*
*MASA: 10 PAGI*
*TEMPAT: IPD KEPALA BATAS, SPU, P. PINANG*
Sila berkumpul di Kedai Mamak bersebelahan Maybank Bertam bermula jam 9 pagi. Semua veteran dan rakyat Malaysia yg prihatin dijemput hadir. *Warna pakaian: Hitam*)
*Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata*

Maklumat lanjut akan menyusul. Pertanyaan:
*AZIZAN MEMALI: 019-5673650*
# VIRALKAN DEMI NEGARA DAN ANAK CUCU TERCINTA
Lalu saya menjawab:
1. Jumlah pelaburan China di luar negara tahun 2015 berjumlah USD54.4 billion. USD38 billion sahaja di Eropah.
2. Lapan bulan pertama tahun 2016 ianya berjumlah USD61.7 billion.
3. Amerika Syarikat merupakan tempat pelaburan negeri China terbesar 2016 untuk dua tahun berturut-turut diikuti Hong Kong, Malaysia, Australia dan UK.
4. China merupakan pengimport kedua terbesar bagi barangan Malaysia.
5. China henti sokongan dari semua aspek terhadap Parti Komunis Malaya selepas lawatan Tun Razak pada tahun 1974. Ini mengakibatkan PKM dan Suara Revolusi Malaya berpindah dari Hunan ke Selatan Thai.
6. Usaha pertama untuk membuka perdagangan dan memperbaiki hubungan politik di antara Malaysia dan China adalah oleh Dr Mahathir pada bulan November 1985, 4 tahun 1 bulan sebelum perletakan senjata oleh PKM, selepas peristiwa berdarah Memali.
7. Hutang 1MDB tidak melibatkan wang negara. Semua hutang jangka pendek telah dilangsaikan dengan 1MDB membuat keuntungan USD2.5 billion.
8. Pembayaran kepada IPIC telah dibuat dan tiada hutang lagi.
9. Jumlah hutang jangkapanjang 1MDB dalam bentuk bond bernilai RM41.7 billion hanya perlu dibuat pada tahun 2022 dan 2039. Jumlah aset dalam pegangan 1MDB bernilai RM60 billion.
10. Sekiranya 1MDB tidak menjalankan sebarang perniagaan ia masih mampu membayar hutang jangkapanjangnya.
11. Hutang negara hendaklah dilihat dengan KDNK sekali. Sepertimana hutang kita berbanding pendapatan.
12. Kadar hutang negara berbanding KDNK pada tahun 2015 adalah 54.5%. Ini bermakna sekiranya (contoh) anda mempunyai pendapatan RM1000, hutang anda adalah RM545.
13. Berbanding tahun 1986 kadar hutang negara berbanding KDNK adalah 103.4%. Sebagai contoh jika anda menerima gaji RM1000 tetapi hutang anda adalah RM1034.
14. Singapura mempunyai kadar hutang negara berbanding KDNK sebanyak 106%, atau RM1060 sekiranya anda mempunyai pendapatan RM1000. Adakah Singapura juga akan bankrap?
15. Keadaan ekonomi pada hari ini adalah akibat kejatuhan harga minyak global yang menjejaskan banyak negara dan bukan Malaysia sahaja. Malah KDNK Malaysia adalah jauh lebih baik dari Singapura, UK, Australia, Amerika Syarikat, Brunei dan 142 lagi negara di dunia.
16. Berbalik kepada soal ideologi Komunis menular akibat Malaysia berbaik dengan China, adakah ini bermakna Amerika Syarikat, Australia dan UK juga bakal menjadi negara Komunis?
17. Kita kena lebih bijak berfikir dari mengutamakan emosi. Wahyu pertama Allah SWT menyuruh kita membaca dan Surah Al-Hujurat ayat 12 menyuruh kita menyelidik sebelum membuat kesimpulan.
Sumber: Seademon
https://www.wakeupmalaya.com/2017/05/viralkan-demi-negara-anak-cucu-tercinta-baca-berlaku-adil/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...