Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 5 June 2017

DAP Mahu Proton Berjaya Atau Gagal Sebenarnya?

DAP Mahu Proton Berjaya Atau Gagal Sebenarnya?
Tony Pua DAP secara tiba-tiba menjadi pecinta Proton dan telah mempersoalkan mengapa Proton telah menjual kepentingan kepada Geely.
Pada 17 Februari 2006, Lim Guan Eng menerbitkan surat terbuka menuntut mahu tahu mengapa Proton telah gagal dalam rundingan untuk Volkswagen mengambil kepentingan di dalamnya.
Seolah-olah pada DAP, semuanya tidak baik. Berjaya adalah tidak baik, gagal juga tidak baik.
Proton Kekal Syarikat Kereta Nasional
Saya rasa Tony Pua tidak tahu bagaimana perniagaan dijalankan atau dinilai.
Proton adalah sebuah syarikat yang sedang mengalami kerugian besar sebanyak berbilion sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia berhutang sehingga RM3.2 bilion kepada Kerajaan.
Sudah tentu apabila Geely masuk, harga tidak akan menjadi tinggi kerana Geely juga akan berkongsi separuh daripada hutang dan liabiliti yang sedia ada dan juga masih terpaksa menanggung kerugian dalam jangka pendek.
Ya, pinjaman mudah Kerajaan dan RM1.1 bilion geran penyelidikan adalah untuk membantu mencantikkan perjanjian untuk Geely dan juga bagi memberikan Proton sedikit ruang.
Ia adalah untuk membantu menyelamatkan 60,000 pekerjaan dalam rantaian bekalan, menyelamatkan sehingga 100,000 pekerjaan dalam kumpulan DRB-Hicom dan mengelakkan kesan penularan kerugian di bank jika DRB-Hicom gagal membayar hutangnya.
Perjalanan Terakhir Proton? Alahai
Ini adalah keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sudah berpanjangan yang telah menghantui Malaysia selama bertahun-tahun.
Semua rakyat Malaysia perlu mendoakan kejayaan Proton mulai sekarang dan berharap ia akan pulih untuk membawa keuntungan, berhenti bergantung pada Kerajaan dan juga menjadikan kita bangga dengan memulakan semula eksport Proton berkualiti ke seluruh dunia.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/05/dap-mahu-proton-berjaya-atau-gagal-sebenarnya/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...