Dr Mahathir jadi Perdana Menteri pada 10 Julai 1981. Masa itu, US$1 bersamaan dengan RM2.30.
Selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi PM, tak pernah sekalipun Ringgit mengukuh berbanding US Dollar.
Lalu jatuh ke tahap RM4.88 pada Januari 1998 sebelum Dr Mahathir tambat pada RM3.80 = US$1 sehinggalah beliau bersara pada 30 Oktober 2003 – bermaknan ia merosot 65% berbanding RM2.30 ketika beliau mula menjawat jawatan itu.
Najib pula jadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 semasa US$1 = RM3.73.
Sejak itu, Ringgit pernah mengukuh 25% sehingga tahap US$1 = RM2.96 pada bulan Mei 2013.
Selepas harga minyak turun dan negara Amerika Syarikat melakukan polisi Quantitative Easing II (QE2), Ringgit menurun semula sehingga tahap US$1 = RM4.27 hari ini, 25 Mei 2017.
Baca Juga: Serangan Pembangkang Gagal, Ringgit Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia
Baca Juga: Ringgit Kembali Dalam Radar Pelabur
Ini bermakna Ringgit pernah naik 25% dan kini turun 14% hari ini berbanding tahap RM3.73 ketika Najib mula menjawat jawatannya.
Nak tanya Tun Mahathir atau pengikut dia, kalau Najib mesti bertanggungjawab kerana matawang Ringgit pernah mengukuh 25% dan kini jatuh 14%, maka siapakah yang perlu bertanggungjawab ketika matawang Ringgit terus merosot 65% dan tidak sekalipun mengukuh selama 22 tahun ketika Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri?
Oleh Lim Sian See
https://www.wakeupmalaya.com/2017/05/mahathir-kata-najib-mesti-bertanggungjawab-kerana-ringgit-menurun/
No comments:
Post a Comment