Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 June 2017

Kenapa Pula Warga Singapura Dilantik Jadi Pengarah Eksekutif Penang Institute?



Apakah sebenarnya perancangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke atas negeri yang ditadbirnya apabila melantik Timbalan Pengarah sebuah badan pemikir Singapura iaitu The Institute of Souteasht Asian Studies (ISEAS) sebagai Pegarah Eksekutif Penang Institute?

Menurut banyak penganalisis politik, ISEAS sebenarnya adalah satu badan pemikir untuk negara Singapura dan ia dijenamakan semula dengan nama Yusof Ishak Institute untuk mengaburi rakyat negara republik itu.

Dari mana datangnya rasional apabila Guan Eng melantik seorang warga Singapura mengetuai satu organisasi penting di dalam negeri Pulau Pinang.

Berapa banyak agaknya gaji yang dibayar oleh Guan Eng kepada Dr Ooi?

Sebenarnya, hubungan pemimpin Singapura dan DAP Pulau Pinang sangat rapat sehingga Lee Kuan Yew pun pernah melawat negeri itu.

Individu yang dilantik berkenaan ialah Dr Ooi Kee Beng dan jasanya ialah dia pernah menulis buku berkenaan Lim Kit Siang, bapa kepada Guan Eng.

Kepakarannya dalam Pengajian Kebudayaan Cina dan politik Malaysia akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk DAP Pulau Pinang. Dasar menindas Singapura terhadap Melayu Singapura bakal diguna pakai di Pulau Pinang bagi mempercepatkan agenda meminggirkan Melayu Pulau Pinang. Tujuan dan asas utama ialah mengukuhkan Cina DAP di Pulau Pinang.

“Lim Guan Eng sebelum dipenjarakan kerana kes rasuah mahu mempercepatkan dasar Cinanisasi DAP mencontohi PAP Singapura.

Lim Guan Eng tidak kisah lagi, apa yang perlu dia lakukan ialah bertindak cepat untuk melakukan apa sahaja ketika ada kuasa,” katanya menurut laman Facebook berkenaan.

Mungkin sebab itu, Setiausaha Agung DAP itu banyak menjual tanah-tanah kerajaan kepada syarikat Singapuran yang terbaru tanah di lebuh raya Peel kepada Island Hospital Sdn Bhd milik Singapura semurah RM156 juta sahaja dengan hanya pendahuluan RM30 juta.

Ahli Lembaga Pengarah Island Hospital Sdn Bhd adalah Tan Poay Seng anak proksi Lim Guan Eng Tan Sri Tan Kok Ping yang juga ahli lembaga pengarah City Development Limited berpengkalan di Singapura.

Sekarang Lim Guan Eng melantik warga Singapura mengetahui badan pemikir Pulau Pinang itu untuk merancang sesuatu di Pulau Pinang. – pru14.tv


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/06/kenapa-pula-warga-singapura-dilantik.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...