Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 June 2017

DAP Bayar Peguambela Untuk Ketua Kongsi Gelap?

DAP Bayar Peguambela Untuk Ketua Kongsi Gelap?
Orang-orang Pakatan berfikir bahawa para peguam hanya mempunyai satu klien dan satu tugas dengan satu klien itu pada satu-satu masa.
Tetapi dalam dunia sebenar, peguam mempunyai banyak klien dan banyak kerja pada masa yang sama. Malah, peguam juga boleh mempunyai banyak kerja untuk klien yang sama pada masa yang sama.
Dalam kes Anwar, Shafee dituduh dibayar oleh Najib untuk mendakwa Anwar kerana terdapatnya dakwaan pembayaran daripada Najib lebih kurang pada masa yang sama (yang sebenarnya adalah tidak benar kerana pembayaran pertama yang didakwa dibuat adalah 5 bulan sebelum perbicaraan Anwar di Mahkamah Rayuan).
Shafee Dibayar RM1,000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Fitnah Sarawak Report

Baca Juga: Propaganda Terbaru Pakatan: Anwar Adalah Mangsa Wang 1MDB
Baca Juga: Cubaan Terdesak, Terbodoh & Terbaru Anwar Ibrahim Untuk Keluar Penjara

Ia seolah-olah Shafee dan firma guamannya tidak mempunyai klien lain dan tidak ada kerja lain selain satu klien (Najib) dan satu kerja dengan Najib iaitu untuk mendakwa Anwar.
Shafee dan firmanya, panel peguam yang dipercayai oleh UMNO selama bertahun-tahun semestinya mempunyai banyak kerja oleh UMNO pada bila-bila masa – sama ada kes-kes komersial, sivil, jenayah atau atas dasar khidmat nasihat atau pemegang amanah.
Najib mempunyai kuasa sebagai wakil bagi UMNO untuk menggunakan akaun khas presiden untuk membuat bayaran seperti itu.
18 Tahun Saya Jadi Pembangkang, Najib Adalah PM Terbaik

Baca Juga: Shafee Dibayar RM1,000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Fitnah Sarawak Report
Baca Juga: Sebab Sebenar Di Sebalik Berita Palsu Sarawak Report

Walau bagaimanapun, Pakatan yang berfikiran cetek dan dalam keadaan berangan-angan hanya akan berfikir bahawa sebarang bayaran hanya untuk satu tujuan tertentu sahaja.
Biar saya beri anda contoh:
Gobind Singh DAP adalah peguambela utama bagi Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya.
Sudah tentu, Lim Guan Eng atau DAP perlu membayar Gobind Singh yuran undang-undang dan perbelanjaan.
Beberapa bulan kemudian Gobind Singh juga bertindak sebagai peguambela utama bagi seorang Datuk Seri yang dituduh sebagai ketua Geng 24, sebuah organisasi jenayah kongsi gelap.
Berdasarkan logik Pakatan, bolehkah ini membuktikan bahawa sebarang bayaran daripada DAP atau Lim Guan Eng untuk perkhidmatan Gobind Singh bermakna DAP atau Lim Guan Eng membayar Gobind Singh untuk mempertahankan ketua Geng 24?
Sudah tentu tidak. Tetapi itulah bagaimana Anwar dan Pakatan berfikir.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/06/dap-bayar-peguambela-untuk-ketua-kongsi-gelap/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...