Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 29 August 2017

[KELULI TERUS DARI CHINA] Cina M'sia Tak Untung, Melayu Lagi Lah


KUALA LUMPUR – Industri bahan binaan dan keluli China terus memberi tamparan kepada pengeluar tempatan walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenakan cukai ke atas bahan dari negara tembok besar itu.

Cukai yang bertujuan melindungi industri tempatan itu menyebabkan harga keluli dari China melonjak 50 peratus pada satu ketika.

Namun begitu, pengeluar keluli China kini menggunakan kaedah baharu untuk mengelak cukai itu, iaitu dengan membawa barang separuh siap untuk dipasang menjadi barang siap di negara ini.

Nanyang Siang Pau melaporkan, keadaan itu menyebabkan pengeluar tempatan tidak dapat menandingi harga murah yang ditawarkan China.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan pengeluar tempatan sukar untuk meneroka peluang yang ditawarkan projek-projek mega.

Situasi bertambah teruk kerana pelabur China jarang bekerjasama dengan peniaga tempatan dan mereka lebih berminat mendapat bekalan secara langsung dari China.
“Keadaannya seperti boleh lihat tetapi tidak boleh makan,” demikian lapor Nanyang Siang Pau.

Presiden Gabungan Persatuan Pedagang Logam, Jentera dan Bahan-Bahan Pembinaan Malaysia, Koh Seng Kiat berkata, barangan China yang hampir siap telah dibawa masuk ke Malaysia untuk pemasangan.

Katanya, barangan itu kemudian dijual dengan harga yang lebih rendah daripada apa yang ditawarkan pengeluar tempatan.

Dengan “mengelakkan cukai secara pintar”, produk dari China itu memberi cabaran getir buat pengeluar tempatan.
Seng Kiat berkata, keadaan bertambah keruh apabila syarikat pembinaan luar negara jarang menggunakan bahan binaan Malaysia.

“Sebelum ini, banyak projek besar adalah dijalankan oleh konglomerat tempatan dan ia dapat merangsang ekonomi domestik.

“Sekarang, industri tempatan tidak dapat berkecimpung walaupun kami dengar banyak projek besar sedang berjalan,” katanya. – MalaysiaGazette

http://celahgelegar.blogspot.my/2017/08/keluli-terus-dari-china-cina-msia-tak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...