Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 27 August 2017

DAP DICABAR MANSUHKAN ‘MALAYSIAN MALAYSIA’



DAP dicabar untuk memansuhkan konsep Malaysian Malaysia yang dibawa parti itu bagi membuktikan mereka bukan sebuah parti bersifat rasis.

Naib Presiden Pertubuhan Pri­bumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad berkata, ini kerana konsep berasaskan Deklarasi Setapak itu diragui ba­nyak pihak sebagai tidak sesuai dengan jati kebangsaan Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Beliau berkata, sekiranya D­AP enggan memansuhkan kon­sep berkenaan, ia sekali gus menggambarkan parti itu mungkin boleh dikategorikan se­ba­gai parti politik yang sukar untuk diterima di negara ini.

“Perkasa juga mendesak DAP memberi kata putus kepada kami, adakah kami rasis apabila mempertahankan beberapa peruntukan Perlembagaan me­ngenai hak-hak pribumi seperti terkandung dalam Perkara 153 dan lain-lainnya? Tidak rasiskah pihak mempertikaikan peruntukan seperti ini?

“Saya cabar DAP supaya mendesak Peguam Negara untuk menyiasat Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang pernah melobi komuniti dunia untuk mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘batal dan tidak sah’. Adakah tindakan Hindraf ini bercorak nasional? Adakah ini tindakan rasis?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Perkasa amat mengalu-alukan cadangan DAP supaya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyiasat pertubuhan berkenaan kerana menggelarkan sebagai ‘raja segala rasis’ di negara ini.

Katanya, Perkasa sering dilabelkan rasis oleh pelbagai pihak kerana mereka bimbang de­ngan kekuatan perjuangan Perkasa dalam membela nasib Islam, pribumi dan tanah air yang cuba diganggu gugat oleh puak mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, visi dan misi perjuangan Perkasa termaktub dalam Perlembagaan Perkasa sendiri.

“Oleh itu, DAP atau sesiapa pun diingatkan tidak mencari publisiti murahan menggunakan populariti Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mempunyai ratusan ribu ahli di seluruh negara.

“Saya juga mendesak DAP supaya meminta Peguam Negara menyiasat pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pe­ngurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk dipastikan label apa patut diberikan kepada­nya, label rasis, cauvinis, nasiona­lis atau apa?

“Saya tegaskan bahawa Perkasa adalah pertubuhan nasionalis pribumi yang pragmatik dan sentiasa menjunjung nilai-nilai teras Malaysia yang majmuk demi ke­langsungan dan keselamatan nasional kita bersama,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/08/dap-dicabar-mansuhkan-malaysian-malaysia.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...