Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 27 August 2017

KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN



Kerajaan masih menanggung kemudahan perubatan pesakit pegawai kerajaan, pesara Persekutuan serta pesakit kurang mampu yang mendapatkan rawatan di Insitut Jantung Negara (IJN).

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata bagi pegawai Persekutuan, kerajaan turut menanggung kemudahan perubatan untuk keluarganya sama ada suami/isteri, anak berumur bawah 18 tahun atau sekiranya masih belajar di bawah umur 21 tahun serta ibu bapa yang sah.

“Golongan itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam beberapa peraturan yang berkuat kuasa sebelum kos rawatan mereka ditanggung Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Satu daripada syarat yang ditetapkan sebelum mendapat rawatan di IJN adalah pegawai dan pesara kerajaan Persekutuan perlu mendapat rujukan dari pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta.

“Bagi pesakit yang kurang mampu, mereka perlu mendapat rujukan dari pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan sahaja,” katanya.
Dr Chen berkata demikian ketika mengulas maklumat yang tular di media sosial kononnya kerajaan Persekutuan tidak lagi menanggung kemudahan perubatan penjawat awam di IJN.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat dengan kerajaan membelanjakan RM435.65 juta untuk membiayai kos rawatan pesakit tanggungan kerajaan di IJN pada tahun lepas. – BERNAMA

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/08/kerajaan-masih-tanggung-rawatan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...