Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 15 September 2017

Fitch Ratings Sahkan Penarafan ‘A’ Untuk Malaysia Dengan Prospek Stabil

Fitch Ratings Sahkan Penarafan 'A' Untuk Malaysia Dengan Prospek Stabil
Fitch Ratings telah mengesahkan penarafan ingkar penerbit (IDR) mata wang tempatan dan asing jangka panjang Malaysia dengan prospek stabil.
Dalam satu kenyataan, agensi penarafan kredit itu berkata, penarafan Malaysia disokong oleh pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kukuh berbanding median rakan kategori setara ‘A’ , mengekalkan lebihan akaun semasa serta kedudukan pemberi kredit luaran bersih negara.
“Bagaimanapun, penarafan itu kekal dikekang oleh beberapa metrik struktur, termasuk KDNK per kapita dan petunjuk tadbir urus yang lebih lemah daripada median ‘A’ serta hutang kerajaan yang lebih tinggi daripada rakan setara yang boleh dipengaruhi oleh liabiliti luar jangka yang besar, ” katanya.
Fitch menganggarkan pertumbuhan KDNK sebenar purata lima tahun, jauh lebih tinggi daripada median kategori ‘A’ sebanyak 2.9 peratus.
Prestasi ekonomi telah berdaya tahan sejak dua tahun lepas walaupun ekonomi telah menyelaras dengan beberapa cabaran, termasuk harga minyak yang lebih rendah dan aliran modal yang tidak menentu, katanya.
“Momentum pertumbuhan telah meningkat pada 2017 dan Fitch telah menaikkan ramalan pertumbuhan KDNK setahun penuh kepada 5.1 peratus berbanding 4.5 peratus sebelum ini.
“Perbelanjaan penggunaan swasta menerima rangsangan pada 2017 daripada kenaikan 15 peratus dalam pemindahan tunai di bawah BR1M dan pengukuhan eksport,” katanya.
Hutang Luar Negara Tinggi Bukan Bermakna Bankrap
Fitch berkata, ia menjangka sasaran kerajaan untuk defisit kerajaan persekutuan sebanyak tiga peratus daripada KDNK pada 2017 akan dicapai, dengan sedikit penguncupan dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Berikutan itu, hutang kerajaan persekutuan akan stabil sekitar 52 peratus daripada KDNK pada 2017 dan 2018, di bawah siling hutang yang ditetapkan pihak berkuasa pada 55 peratus tetapi di atas median ‘A’ sekitar 49 peratus, ” katanya.
Sementara itu, agensi penarafan itu berkata, akaun luaran Malaysia kekal dalam kedudukan pemberi kredit luaran bersih, disokong aset luaran swasta yang besar.
“Kami menjangka akaun semasa akan kekal dalam lebihan pada hampir dua peratus daripada KDNK dalam tempoh ramalan kerana prestasi eksport yang berdaya tahan diramal akan mengimbangi pertumbuhan import yang kukuh dalam barangan modal berkaitan projek infrastruktur,” katanya.
Menurutnya, kualiti dan tahap permodalan aset bank Malaysia kekal agak sihat.
Tahap hutang isi rumah adalah tinggi pada 86.7 peratus daripada KDNK pada suku pertama 2017 tetapi pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan yang agak kukuh telah mengimbangi sebahagian risiko untuk sektor perbankan daripada hutang isi rumah yang tinggi, ” katanya.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/08/fitch-ratings-sahkan-penarafan-untuk-malaysia-dengan-prospek-stabil/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...