Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai diktator, dan lebih mengejutkan dakwaan berkenaan datang daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Penganalisis politik/blogger Lim Sian See (LSS) berkata, Dr Mahathir sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun paling banyak menghumban penentangnya ke penjara menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Dalam tempoh lima tahun sehingga 2004 sahaja, Mahathir menggunakan ISA, selain undang-undang paksaan dan mahkamah untuk mengawal pembangkang.
“Ezam Mohamed Nor, Tian Chua, Saari Sungib, Lokman Noor Adam, Dr Badrulamin Borhan, Hishamuddin Rais (dan juga Raja Petra dan Gobalakrishnan untuk sementara waktu) ditahan dibawah ISA diatas dakwaan menggugat keselamatan negara.
“Azmin Ali dibawa ke mahkamah dan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan kerana memberi keterangan palsu pada 2001.
“Timbalan Ketua PKR Irene Fernandez juga dibawa ke mahkamah dan dihukum penjara 12 bulan kerana menerbitkan berita yang didakwa palsu,” ujar LSS memberi contoh.
Jelas LSS, Ezam diberkas dibawah ISA kerana mendedahkan dokumen yang diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang kemudiannya dijatuhi hukuman penjara dua tahun.
Katanya lagi, Lim Guan Eng dipenjara pada 25 Ogos 1998 – 3 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) seterusnya tidak dapat bertanding pada pilihan raya berkenaan dan digantung daripada menyertai politik selama lima tahun.
Akibatnya ujar LSS, Lim Guan Eng juga tidak dapat bertanding pada PRU 2004, seperti Anwar dan Fernandez.
“Nampaknya Mahathir (dan kini Lim Kit Siang) tak tahu atau sememangnya mudah lupa.
“Lupakan Mahathir yang tidak pernah ada perasaan malu atau hipokrasi tetapi bagi Lim Kit Siang, Azmin, Lim Guan Eng, Anwar dan lain-lain untuk lupa akan semua ini menunjukkan betapa mereka bersikap seperti lalang pembohong tidak berprinsip,” tegas LSS lagi.
Sumber: Malaysian Digest
https://www.wakeupmalaya.com/2017/09/mahathir-sumbat-anwar-lim-kit-siang-mat-sabu-dalam-isa-tapi-tuduh-najib-diktator/
No comments:
Post a Comment