Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 9 October 2017

Pajakan Pesawat MAS Bermula Era Mahathir Sebagai PM

Pajakan Pesawat MAS Bermula Era Mahathir Sebagai PM
Masyarakat harus memahami konsep yang diamalkan oleh kebanyakan pengusaha syarikat penerbangan  di dunia ini dalam meraih keuntungan dan perkara yang sama juga dilakukan oleh Malaysia Airlines (MAS) iaitu melalui pajakan pesawat.
Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) merupakan pemilik kepada kapal terbang MAS dan kemudian menyewakan semula kepada MAS melalui konsep pajakan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Perkara ini dedahkan oleh Lim Sian See dalam Facebook miliknya, yang menyatakan ia terpaksa dilakukan oleh MAS memandangkan bekas Perdana Menteri keempat telah merosakan syarikat penerbangan milik negara melalui penswastaan pada tahun 1994.
Mahathir Tak Berhak Beri Komen Pelan Pemulihan MAS Selepas Menjahanamkannya
Tujuan Tun Dr Mahathir Mohamad berbuat demikian adalah untuk menutup sebahagian daripada skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM32 bilion. Berikutan itu MAS mengalami kerugian teruk sehingga dibail-out dan dibeli oleh kerajaan yang ketika itu diterajui oleh Mahathir pada tahun 2001.
Satu pengstrukturan yang dipanggil ‘Wide Asset Unbundling‘ telah dilaksanakan pada 2002 oleh kerajaan ketika itu dengan memindahkan asset kapal terbang RM4 bilion dan liability MAS RM7 bilion keatas PMB.
“Kini PMB memiliki kapal terbang MAS dan menyewakan semula kepada MAS dengan konsep ‘leasing’ menjadikan MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang ‘aset-light‘ kerana tidak memilik kebanyakan kapal terbang sendiri.
“MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal terbang Airbus  juga disewa dari syarikat penerbangan yang menyediakan pajakan dan tempoh pajakan pesawat  akan tamat tidak lama lagi dan adalah perlu untuk mengganti pesawat ini dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo, jelas Sian See.
Ini boleh dibuktikan melalui sesawang centreforaviation.com
mahathir Kerugian Forex RM32 Bilion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi
Persoalan sekarang pertikaian yang timbul oleh pengikut Mahathir berhubung pembelian dan pajakan yang dilakukan oleh MAS kerana perkara ini telah diamalkan pada zaman pemerintahan Perdana Menteri tersebut.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terbabit dalam pembelian itu malah tidak meminjamkan wang kepada MAS. Perkara ini telah diperjelaskan tetapi masih ramai pengikut Mahathir membuat tuduhan tanpa usul periksa.
Konsep pajakan  pesawat bukannya perkara yang luar biasa. Malahan, pajakan pesawat sudah menjadi trend, malah pesawat milik AirAsia dimiliki oleh syarikat pajakan pesawat iaitu Asia Aviation Capital Limited.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/09/pajakan-pesawat-mas-bermula-era-mahathir-sebagai-pm/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...