Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 9 October 2017

Rafizi Fitnah FELDA, Tabung Haji, 1MDB, KWSP Nak Bankrap, Akhirnya Dia Dapat Notis Bankrap

Rafizi Ramli sangat tidak gembira bahawa notis kebankrapan ke atas beliau dicetak di dalam akhbar-akhbar dan mengatakan bahawa ini akan membuat masyarakat marah pada UMNO.
Beliau berkata ini adalah “politik murahan” dan berkata beliau bersimpati terhadap orang-orang yang beliau tewas dalam kes saman fitnah kerana mereka sudah tua dan marah.
Gagal Langsai Ganti Rugi, Rafizi Terima Notis Bankrap
Tetapi Rafizi mengakui bahawa peguam telah datang dua kali ke rumahnya untuk meninggalkan dua surat.
Rafizi kemudian berkata selepas dua surat itu, peguam telah meletakkan perintah mahkamah di pintu rumahnya pada 18 September yang beliau lihat keesokan harinya tetapi Rafizi berkata beliau sibuk beberapa hari selepas itu kerana pergi ke sana-sini dan ke mahkamah.
Beliau kemudian mengatakan bahawa mengiklankan suatu notis kebankrapan adalah “mahal” dan jarang dilakukan (walaupun kita semua tahu bahawa iklan classified dalam akhbar tidak mahal dan terdapat banyak notis kebankrapan seperti itu yang diiklankan setiap hari).
Rafizi berkata bahawa esok beliau akan pergi dan bayar.
Rafizi ini memang satu karektor pelik!
Beliau sudah tahu sejak tahun lalu bahawa beliau tewas kes itu dan bahawa beliau tewas lagi dalam rayuannya pada bulan Julai – itulah sebabnya beliau meminta derma pada bulan itu. Jadi, ia bukan sesuatu yang baru kepada beliau bahawa ganti rugi harus dibayar.
Peguam telah menghantar beberapa notis kepada beliau dan beliau sendiri berkata beliau sedang sibuk – dan sekarang beliau marah bahawa hakim memerintahkan supaya notis kebankrapan harus diiklankan – seperti proses yang biasa.
rafizi Mohon Sumbangan Bayar Saman, Ke Mana Wang Itu Hilang?
Anda fitnah, anda tewas (dua kali), anda tidak bayar ganti rugi, anda mengabaikan notis selama berbulan-bulan dan kemudian apabila proses biasa berlaku untuk notis kebankrapan, anda mengatakan ia adalah suatu gerakan politik murahan oleh seorang “lelaki tua yang marah” yang anda bersimpati dengannya?
Wow. Hanya wow.
Akhir kata, anda hanya pakar fitnah bersiri yang disahkan mahkamah yang malah berani menggunakan alasan ‘hanya bergurau’ apabila berhadapan dengan satu lagi saman fitnah.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/09/rafizi-fitnah-felda-tabung-haji-1mdb-kwsp-nak-bankrap-akhirnya-dia-dapat-notis-bankrap/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...