Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 1 November 2017

Rakyat Sabah Ada Sebab Yang Besar Tolak Mahathir

Rakyat Sabah Ada Sebab Yang Besar Tolak Mahathir
Malaysia telah melihat beberapa peningkatan yang menakjubkan dalam pengurangan kadar kemiskinan sejak tahun 2009 di mana insiden kemiskinan menurun dari 3.8% pada tahun 2009 kepada 0.4% pada 2016.
Angka-angka rasmi juga mengesahkan bahawa tahun-tahun antara tahun 1997 dan 2004 adalah tahun-tahun yang hilang bagi Malaysia (the lost years for Malaysia) di mana dasar-dasar kawalan modal dan mengikat nilai mata wang oleh Mahathir membawa kepada penurunan ketara dalam pelaburan asing dan ekonomi mendatar.
Perangkaan juga menunjukkan kadar kemiskinan meningkat dengan ketara pada tahun 1999 selepas kita dilanda kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah kita.
Antara tahun-tahun ini, KDNK kita kekal tidak berubah dan kadar kemiskinan merosot hanya sedikit dalam 7 tahun dari 6.1% pada tahun 1997 kepada 5.7% pada tahun 2004 – berbanding dengan 0.4% pada tahun 2016.
Ya. Semasa zaman Mahathir, bilangan rakyat Malaysia yang miskin adalah 10 kali lebih ramai daripada sekarang.
Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan di Sabah menceritakan kisah yang berbeza. Kadar kemiskinan pada masa itu meningkat – melonjak dari 16.5% pada tahun 1997 kepada 24.2% pada tahun 2004.
Mengejutkan, suku bilangan rakyat Sabah berada dalam kemiskinan ketika Mahathir bersara.
Membandingkan angka kemiskinan Sarawak dan Sabah dalam tempoh itu juga memberikan kita petunjuk mengenai apa yang berlaku.
Walaupun kadar kemiskinan Sarawak pada masa itu masih lebih tinggi daripada purata negara disebabkan oleh pengabaian negeri-negeri ini oleh Mahathir, ia tidak meningkat atau mencapai setinggi Sabah. Pada tahun 2004, kadar kemiskinan Sarawak adalah 7.5% – kurang daripada 1/3 daripada 24.2% Sabah.
Jadi, apa yang menerangkan perbezaan di antara Sabah dan Sarawak ini?
Ini kerana Projek IC bermula pada tahun 1990-an selama bertahun-tahun – sehingga menuju pilihan raya 1999 – di mana sejumlah besar pendatang tanpa izin diberikan kewarganegaraan untuk mengundi BN Mahathir.
Walaupun Anwar dan Mahathir menyalahkan satu sama lain untuk ini sementara Mahathir kekal tidak mengaku bersalah dan bahkan berkata pada tahun 2013 bahawa projek itu diwajarkan.
Disebabkan jumlah pendatang asing miskin yang diberikan kewarganegaraan Sabah, kadar kemiskinan di sana menjadi sangat tinggi.
Malah pada tahun 2009, kadar kemiskinan Sabah masih tinggi pada 19.7%. 1 dari setiap 5 rakyat Sabah adalah miskin.
Penduduk Sabah mempunyai sebab yang dahsyat untuk tidak menyukai Mahathir dan pihak yang bekerjasama dengannya.
Najib tidak boleh begitu sahaja membatalkan kewarganegaraan yang diberikan oleh Mahathir dan menghalau mereka. Kewarganegaraan jika sekali diberikan, sukar dibatalkan.
Oleh kerana gabungan tindakan kerajaan Najib yang memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah, pembaharuan dasar kebangsaan dan dana yang lebih besar diberikan kepada mereka sejak tahun 2009, kadar kemiskinan telah menyaksikan kejatuhan yang menakjubkan dan kini hanya 2.9% untuk Sabah.
Namakan Satu Kroni Najib, Wartawan Veteran Tanya Penyokong Kuat Mahathir
Dasar-dasar seperti penghapusan subsidi menyeluruh yang memberi faedah kepada golongan kaya lebih banyak daripada golongan miskin, GST yang mencukai golongan kaya lebih daripada golongan miskin di mana majoriti barangan yang digunakan oleh golongan miskin dikecualikan, penetapan gaji minimum untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan juga bantuan wang tunai langsung seperti BR1M telah membawa penurunan mendadak dalam kadar kemiskinan ini – untuk Malaysia dan khususnya untuk Sabah.
Ini adalah satu lagi masalah legasi Mahathir yang kerajaan Najib harus tangani dan hasil menakjubkan kini mula ditunjukkan.
Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

https://www.wakeupmalaya.com/2017/10/rakyat-sabah-ada-sebab-yang-besar-tolak-mahathir/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...