Ucapan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pihan Raya (SPR) Malaysia di UUM pada 2015 mengenai keengganan DAP mengisytiharkan sumber dana politik dari luar negara kepada parti politik pembangkang di Malaysia.
Sekiranya saya berada di tempat NAIB PRESIDEN PPBM merangkap PENGERUSI PPBM KELATAN (yang dibubarkan sementara), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008 tahu kebenaran tentang parti- parti pembangkang di Malaysia hari ini, saya pasti tidak akan menjual prinsip saya untuk berada di dalam PKR seperti Dr Mahathir hari ini.
Sebagai bekas penjawat awam, adakah Tan Sri mahu menyatakan bahawa Tan Sri berbohong pada 2015 seperti di dalam ucapan yang dipaparkan dalam video ini?
Adakah Tan Sri mahu memberitahu saya bahawa Tan Sri juga ditipu oleh Dr Mahathir ketika berkhidmat di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu?
Baca Juga: Naib Presiden PPBM Mengaku Duit DAP ‘Melimpah’ Dari Taiwan, Hong Kong & Singapura
Baca Juga: DAP Tidak Pernah Terima Satu Sen Pun Dana Asing? Mungkin Lim Kit Siang Menghidapi Penyakit Amnesia
Saya mengakui bahawa saya ditipu oleh Dr Mahathir dan kerana itu saya tegas meninggalkan PPBM pada 16 September 2017.
Isu ini mungkin tidak terlalu ketara ketika beliau berada di dalam PPBM, tetapi apabila menggunakan tiket PKR untuk bertanding di PRU14, ianya umpama ikut Dr Mahathir terjun ke lubang najis tanpa sedar.
Saya tidak menyatakan ianya salah, tetapi PPBM itu sendiri ditubuhkan atas sentimen penentangan ke atas Najib Razak yang kononnya bersalah menerima RM2.6 bilion dari sumber 1MDB. Mahathir telah menipu saya dan rakyat Malaysia.
Adakah Tan Sri masih mahu bersama Mahathir? Saya cuma mahu tahu prinsip Tan Sri dalam perjuangan Berani Kerana Benar.
Oleh Anina Saadudin
Imperical Malaysia
No comments:
Post a Comment