Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 23 April 2018

Politik : Pengakuan Naib Presiden PPBM: Melayu DAP Melayu Haprak

abdul rashid Pengakuan Naib Presiden PPBM: Melayu DAP Melayu Haprak
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff telah mendedahkan sebuah video pengakuan oleh Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai agenda DAP dalam usaha menggulingkan kerajaan.
Pendedahan dibuat Dr Kamarul selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Abdul Rashid selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mengakui bahawa DAP mendapat limpahan bantuan dana negara asing seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura bagi membiayai kempen pilihan raya.
abdul rashid Dana Asing DAP: Adakah Bekas Pengerusi SPR Mahu Kata Dulu Beliau Berbohong?
Abdul Rashid, menerusi video yang dimuatnaik Dr Kamarul di Facebooknya menyatakan, DAP enggan menyokong Akta Dana Politik dicadangkan oleh kerajaan berikutan terdapat banyak limpahan dana asing untuk membantu kempen pilihan raya mereka.
Dalam pada itu, beliau juga mendakwa arena politik negara masih mengamalkan sikap perkauman tidak kira mana-mana parti sama ada UMNO, MCA, Gerakan ataupun parti DAP yang mendakwa parti mereka parti berbilang bangsa.
“Tak perlu jadi hipokrit. Parti apa pun yang mengisytiharkan mereka parti berbilang bangsa, semuanya tak masuk akal. DAP Cina. Gerakan Cina. MCA Cina.
“Kalau ada seekor (seorang) orang (bangsa) lain dalam komuniti mereka, bengong punya orang. Tak guna apa pun. Buat alat je.
“Kalau DAP kata nak lantik Melayu, ini adalah Melayu haprak,” katanya di dalam video berkenaan.
ab rashid mahathir Siapa 'Bos Penipu Rakyat' Yang Bekas Pengerusi SPR Maksudkan?
Abdul Rashid kemudiannya mendedahkan agenda DAP untuk menambah kuasa di dalam Dewan Rakyat dengan memecahkan kawasan yang dimenanginya kepada beberapa bahagian lebih kecil.
Katanya, ketika masih bergelar Pengerusi SPR, beliau menerima sepucuk surat daripada seorang Ahli Parlimen DAP dari Seri Kembangan pernah meminta agar kawasan parlimen Seri Kembangan dipecahkan kepada tiga bahagian supaya DAP boleh bertanding di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
Jelas Abdul Rashid, salah satu pecahan kawasan tersebut hanyalah keluasan 3km persegi, terlalu kecil berbanding di kawasan pedalaman yang berkeluasan lebih 300km persegi untuk seorang wakil rakyat.
Apa yang mengejutkan kata Abdul Rashid, jawapan balas diberikan oleh wakil rakyat DAP itu adalah kawasan pedalaman diduduki oleh monyet bukannya warganegara Malaysia.
“DAP menggelarkan mereka (penduduk pedalaman) sebagai monyet,” ujarnya.


PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TAN SRI ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN MENGENAI DAP


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...