Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 6 April 2018

Politik : Mahathir Akui PPBM Tak Adakan Mesyuarat Cawangan

Mahathir Akui PPBM Tak Adakan Mesyuarat Cawangan
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui parti itu tidak mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan, sekaligus menjadi antara punca permasalahan yang timbul selama ini.
Beliau berkata, PPBM tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan dan perkara itu diketahui oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Kita sudah beritahu ROS sudah lama bahawa kita tidak ada cawangan. ROS sudah tahu PPBM memang tidak ada cawangan. Sebab itu bila adakan mesyuarat agung kita tak boleh ada orang dari cawangan masuk dalam bahagian untuk pilih wakil ke mesyuarat agung,” katanya semalam.
mahathir ppbm Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dibubarkan
Sebelum ini, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kegagalan menyelesaikan isu berkaitan struktur organisasi akar umbi khususnya di peringkat cawangan menjadi antara punca parti itu gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti.
Beliau turut mengesahkan kegagalan menyelesaikan isu berkenaan turut meletakkan PPBM dalam situasi keliru untuk menentukan siapa yang layak menghadiri AGM terbabit.
Mukhriz juga mengakui PPBM mengguna pakai model sama seperti UMNO dalam struktur parti, namun berharap PPBM selaku parti baharu diberi kelonggaran oleh ROS dari segi pematuhan perlembagaan.
PPBM Desak Agihan Kerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan Dinilai Semula
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga baru-baru ini mengakui parti tersebut tidak mampu untuk memberikan minit mesyuarat bahagian dan cawangan PPBM kepada ROS dalam tempoh 30 hari atas alasan penubuhan beberapa bahagian itu hanya diluluskan Julai lalu sekali gus tidak dapat mengadakan mesyuarat dalam tempoh setahun.
Kenyataan itu berikutan tindakan ROS mengemukakan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 kepada parti itu berkuat kuasa 28 Februari lalu.
Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, notis tersebut yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada pihak ROS.
Jelas beliau, notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...