Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 April 2018

Persahabatan keluarga saya dengan keluarga Tun Mahathir wujud sekian lama

Saya masih ingat semasa kami tinggal di Ipoh, parents saya balik dari Alor Setar menceritakan bagaimana anak-anak Tun mencium pipi ibubapa mereka dan mengucapkan “good night” setiap malam. We did the same, well, at least said good night before we went to bed.
Saya tidak fikir keluarga saya adalah sahabat karib keluarga Tun, jauh sekali tetapi pada suatu masa saya berani mengatakan persahabatan saya dengan Mirzan, Marina dan Mukhriz boleh di katakan baik.
Arwah ayah saya (dan juga seorang bapa saudara saya) ada menceritakan bagaimana arwah menaiki keretapi di Tanjung Malim untuk menarik Dr Mahathir turun dan membawanya ke Ipoh kerana arwah mendapat berita bahawa jika Dr Mahathir sampai ke Kuala Lumpur, polis sedang menunggu untuk menahannya atas arahan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu.
Arwah dan Almarhum Tunku Abdullah (adinda kepada Almarhum Tuanku Jaafar Negri Sembilan) menjual saham mereka di dalam Merpati Air (sebuah syarikat penerbangan domestik Indonesia) dan mendermakan hasil jualan tersebut kepada Dr Mahathir untuk meneruskan perjuangan politik beliau.
Saya juga masih ingat arwah ayah saya balik dari pejabat Dr Mahathir. Arwah di panggil oleh Dr Mahathir beberapa bulan setelah Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sesungguhnya, kami sekeluarga banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir dan kami tidak mungkin dapat merasai kehidupan yang kami kecapi tanpa pertolongan Dr Mahathir - apartment dua tingkat di London, percutian di Eropah, berderet kereta BMW di Kuala Lumpur dll.
Malah, saya pernah menulis surat kepada Dr Mahathir untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Surat itu saya kirimkan melalui Marina Mahathir.
Pada tahun 1987, arwah menjalani heart by-pass operation di Singapura. Pada malam sebelum prosedur tersebut, arwah panggil saya dan memberitahu saya satu nombor akaun di atas namanya di sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun tersebut adalah £65 juta.
Arwah pesan kepada saya bahawa duit tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Dr Mahathir.
Maka, saya hairan dan kecil hati kerana Tun Mahathir membidas DS Najib seteruk-teruknya kerana akaun RM2.6 bilion itu.
Walau bagaimana pun, alhamdulillah, operation itu berjalan lancar dan arwah meneruskan kehidupannya seperi biasa sehingga arwah mendapat stroke dalam tahun 1990an.
Arwah Yeop (itulah nama panggilan kami anak-anaknya) juga ada memberitahu saya dalam dekad 1990an bahawa duit yang di London itu telah di kembalikan kepada Dr Mahathir melalui Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha UMNO. Sama ada wang tersebut di gunakan untuk tujuan politik atau peribadi, arwah tidak tahu dan tidak ambil tanya.
Tetapi itu semua adalah cerita lama.
Saya mulai menyokong pentadbiran DS Najib sejurus sebelum PRU13, masa itu baru berjinak-jinak dengan FB.
Sokongan saya berteraskan dua perkara utama:-
1. Untuk membanteras peluang parti DAP berjawatan di dalam Kerajaan Pusat;
2. Keyakinan saya atas dasar-dasar kewangan dan ekonomi DS Najib.
Adakah saya harus tidak melawan Tun Dr Mahathir kerana keluarga saya terhutang budi kepadanya?
Secara peribadi, jawapannya adalah YES.
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati

Walaupun begitu, sokongan saya ke atas keputusan-keputusan dan dasar-dasar DS Najib, ianya di beri bukan atas sebab-sebab peribadi, samada keputusan-keputusan dan dasar-dasar tersebut membawa impak kepada kehidupan saya.
Sokongan saya adalah atas impak kepada negara, secara jangka panjang dan untuk kelestarian kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi hadapan.


Puan, saya seorang yang mengenang budi. Tidak ada sebab saya hendak mengaibkan Tun M kerana beliau telah membalas budi kepada arwah ayah saya.
Tetapi saya dedahkan sekarang kerana saya lebih sayangkan kedudukan agama Islam dan pembangunan ekonomi Bumiputra lebih lagi.
Tun M telah mengkhianati bangsanya sendiri denagn bersekongkol dengan DAP.
Saya mengambil masa yang lama untuk menimbang pro dan kontra mendedahlan cerita ini.
Kata-kata Puan adalah kasar dan tidak mengambil kira perasaan orang yang melaluinya.
Kesimpulan Puan juga terlalu mudah.


Daripada : Saiful Bahari Baharom

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Mahathir Pernah Minta Arwah Bapa Saya ‘Simpan’ £65 Juta Di London – Bekas Pegawai Khas


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...