Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 6 May 2018

Apa Kata Cuba Tukar Kerajaan Untuk 5 Tahun? Dengar Apa Kata Ustaz Kazim Elias

Apa kata cuba tukar kerajaan untuk 5 tahun? Dengar apa kata Ustaz Kazim Elias

“Apa kata kita cuba kerajaan baru 5 tahun. Kalau tak suka, 5 tahun nanti tukar balik”. Biasa dengar bukan kenyataan seperti ini?
Ianya biasa keluar dari mulut aktivis pembangkang yang mahukan merasakan angin perubahan Malaysia ditadbir urus oleh pakatan pembangkang diketuai oleh DAP dengan alasan, Barisan Nasional (BN) sudah lama diberi mandat sebagai kerajaan.
Perkara sama turut disuarakan pemuda Malaysia kepada penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias ketika beliau dalam penerbangan pulang dari Jepun ke tanah air baru-baru ini.
Menceritakan kisah tersebut di dalam sebuah ceramahnya, Ustaz Kazim berkata, pemuda berkenaan meminta pendapat sama ada wajar atau tidak mencuba kerajaan baru selama satu penggal, iaitu selama lima tahun.
“Dalam 5 jam pun macam-macam benda mereka boleh buat, apatah lagi 5 tahun,” kata Ustaz Kazim memberi amaran pelbagai perubahan boleh dibuat sepanjang tempoh peralihan kuasa selama satu penggal.
“Jangan harap 5 tahun mereka akan duduk diam. Segala hak-hak orang Islam, hak-hak orang Melayu akan habis,” kata Ustaz Kazim tanpa merujuk kepada mana-mana parti atau gabungan politik.
Namun, kenyataan itu jelas merujuk kepada gabungan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP yang sebelum ini banyak mempertikaikan isu-isu berkaitan agama Islam dan hak keistmewaan orang Melayu.
“Belum dapat (jadi kerajaan) mereka dah pertikai macam-macam. Tambah pula nanti dah dapat. Jangan main-main dengan 5 tahun. Benda lain kita boleh cuba 5 kali setahun. Tapi bab kuasa, ini bukan perkara main-main.
“Sebab itu kena pertahankan hak kita, pertahankan kebajikan kita, pertahankan apa yang kita ada. Kita bimbang kerana dengki, fitnah, perkara yang tak pasti betul atau tidak menjadikan kita salah membuat keputusan yang akhirnya merugikan diri kita.”
Jelas beliau, di bawah pemerintahan kerajaan semasa, Islam diletakkan di kedudukan tinggi di samping ditadbir oleh pemimpin Islam, dan pada masa sama agama lain dapat menjalankan ibadat masing-masing tanpa sekatan.
Katanya lagi, negara-negara asing mencemburui pemerintahan Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin dalam kalangan orang Islam.
“Malaysia satu-satunya negara di mana orang Islam yang mengawal semua orang termasuk bukan Islam di bawahnya. Kena ikut agama Islam sebagai agama perlembagaan. Kena hormat Islam termasuk isu berkaitan masjid, undang-undang, Yang di-Pertuan Agong, dan peraturan-peraturan lain berkaitan Islam,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...