Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 6 May 2018

Politik : Kenapa Pengguna Yang Perlu Bayar GST Bukannya Peniaga?

Kenapa Pengguna Yang Perlu Bayar GST Bukannya Peniaga?
GST adalah cukai perbelanjaan jadi ia kena kepada pengguna akhir.
Falsafahnya ialah lagi banyak anda membeli, lagi mahal barang dibeli, maka lebih tinggi cukai dibayar. Ini bermakna orang berpendapatan tinggi akan bayar lebih cukai kerana mereka berbelanja lebih.
Apa yang susah hendak diterangkan kepada rakyat ialah GST ini sebenarnya tanggungan bersama peniaga dan rakyat.
Ia sebahagian dari penentuan harga.
Misalnya apabila kita beli kopi berharga barang RM10, maka ada GST 60 sen. Orang melihat mereka kena bayar GST 60 sen.
Tapi realitinya anda membayar harga kopi tersebut RM10.60.
Cuma dalam sistem ini kerajaan mahu peniaga mengasingkan terus 60 sen tersebut untuk dimasukkan dalam kantung negara.
(Kerajaan tidak lagi mahu jadi macam SST, berlaku ketirisan. Cukai dikutip tapi tidak masuk sepenuhnya dalam kantung kerajaan.)
Sebenarnya, kopi tersebut boleh sahaja dijual RM10 termasuk GST dengan peniaga perlu mengurangkan keuntungan.
Pun begitu anda akan tetap merungut perlu membayar 57 sen kerana ia tertera dalam resit sebagai GST.
Hakikatnya, TANPA GST pun ada kemungkinan peniaga akan jual kopi tersebut pada harga RM10.60 atau RM11.
Ini kerana matlamat peniaga akan cuba memaksimumkan keuntungan pada tahap boleh terima pengguna.
Tolonglah berhenti menghasut rakyat kononnya GST ini menindas sedangkan kita banyak menikmati faedah darinya.
Mahu tahu ke mana duit GST?

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...