Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 30 May 2018

Aspirasi Rakyat : *SST 10% LEBIH BAIK DARI GST 6%??*

*SST 10% LEBIH BAIK DARI GST 6%??*

Image may contain: text

Bila Menteri Kewangan menyatakan SST 10% akan menggantikan GST 6%, kita boleh duga lebih awal apa yang akan menjadi salakan penyokong2 PH:
"Walaupun SST 10%, tapi dikenakan di peringkat pengilang saja la, cuma pengilang kena bayar!!! Bukan kejam macam GST semua golongan rakyat miskin, fakir, oku, warga emas, ibu tunggal kena bayar!!!"
PH menyarankan SST 10% hanya dikenakan di peringkat pengilang, sedangkan GST 6% sebelum ini dikenakan di semua peringkat perniagaan.
Perhatikan visual di bawah;
1. Walaupun SST 10% hanya dikenakan di peringkat pengilang, HARGA JUALAN kepada pengguna akan menjadi LEBIH MAHAL [RM15.00] berbanding kutipan 6% GST di setiap peringkat perniagaan [RM14.85]. Ini kerana SST dikira terus berdasarkan harga produk sedangkan GST hanya dikira berdasarkan margin keuntungan [VALUE ADDED] yang diambil dalam setiap peringkat perniagaan.
Jadi sifir GST 6% + 6% + 6% = 18% hanyalah bahasa orang yang tidak betul2 faham dengan sistem percukaian ini.
2. Jumlah kutipan cukai oleh kerajaan lebih besar untuk SST [RM1.00] berbanding GST [RM0.84]. Dari satu sudut ianya bagus untuk meningkatkan pendapatan kerajaan, dari sudut lainnya ia lebih membebankan pengguna kerana terpaksa membayar cukai yang lebih mahal.
Kenapa SST terpaksa meletakkan kadar cukai yang lebih tinggi?? Kerana dalam sistem SST kerajaan terpaksa mengambil kemungkinan risiko penipuan cukai seperti yang berlaku di zaman sebelum GST dilaksanakan 2015. Ini kerana SST tidak tercatat dalam resit transaksi dan agar sukar untuk dikesan secara sistematik oleh pihak Kastam.
Hakikatnya, SST sama seperti GST semua golongan rakyat miskin, fakir, oku, warga emas, ibu tunggal yang menjadi PENGGUNA AKHIR yang harus membayarnya. Cuma bezanya GST tertulis di resit pembelian bagi memudahkan sistem kutipan, SST pula diserap terus ke dalam harga barangan yang membawa risiko lebih besar kepada penipuan cukai seperti sebelum GST dilaksanakan dulu.
Penghapusan GST akan merencatkan pendapatan negara sebanyak berpuluh-puluh bilion setahun dan kini kita harus semak & teliti rizab BNM, Petronas, KWSP dll jangan sampai tergadai demi memenuhi Manifesto 100 hari mereka. -RioRashid #AriseMalaysia

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...