Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 30 May 2018

Berita : GST kadar sifar mulai 1 Jun



GST kadar sifar mulai 1 Jun
Zanariah Abd Mutalib

zanariah_mutalib@nstp.com.my

BEKALAN barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia serta diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan, langkah pengenaan GST pada kadar sifar itu akan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.
Katanya, penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST.
"Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.
"Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan, antaranya berkenaan pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.
"Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah
mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kementerian Kewangan berkata, untuk penjelasan lanjut, boleh berhubung dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-78067200 (Pusat Panggilan Kastam).
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 5:43 PM



Luahan Rakyat :-

No automatic alt text available.


Setelah diteliti pengumuman ttg GST semalam oleh PM Tun M, ternyata sebenarnya GST bukan dimansuhkan tetapi cuma disifar kan shja. Ini bermakna sistem gst itu sendiri masih ada dan boleh digunapakai atau dinaikkan pada bila2 masa yg difikirkan perlu. Ketika ini semua barangan harian memang zero GST contoh.:
 SEBELUM 9 MEI 2018 

(BARISAN NASIONAL)

BERAS 0% GST 

MINYAK MASAK 0% GST 
GAS MEMASAK 0% GST 
IKAN 0% GST 
AYAM 0% GST 
DAGING 0% GST 
SAYUR-SAYURAN 0% GST 
TELUR 0% GST 
UBAT-UBATAN 0% GST
PENDIDIKAN 0% GST 
PERUBATAN 0% GST

 MULAI 1 JUN 2018

(PAKATAN HARAPAN)

BERAS 0% GST 

MINYAK MASAK 0% GST 
GAS MEMASAK 0% GST 
IKAN 0% GST 
AYAM 0% GST 
DAGING 0% GST 
SAYUR-SAYURAN 0% GST 
TELUR 0% GST 
UBAT-UBATAN 0% GST
PENDIDIKAN 0% GST 
PERUBATAN 0% GST

 JADI DIMANAKAH DAN APAKAH PERBEZAANNYA? ⁉️    

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...