Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 23 May 2018

Luahan Rakyat : MENCARI PRESIDEN UMNO

oleh Ab Jalil Backer

Sesiapa yang berminat hendak bertanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bertandinglah. Jangan desak orang lain jangan bertanding.
Pandangan saya sebagai parti yang kalah ia memerlukan kepimpinan yang stabil, matang dan tidak gelojoh.
Tidak ada salah kita memberi peluang kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Hisahmmudin Tun Hussien Onn memimpin selama 3 tahun.
Parti-parti dalam Pakatan Harapan semuanya dipimpin oleh orang yang lebih tua dari mereka.
Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang akan lebih banyak bergantung kepada kelemahan kerajaan sedia ada berbanding imej pemimpin UMNO.
Justeru yang lebih penting ialah memilih Presiden yang memahami dan mampu membawa idealisme UMNO selama ini. Parti boleh kalah dan menang dalam pilihan raya, idealisme perjuangan jangan hilang.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...