Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara bersetuju supaya semua jawatan di peringkat tertinggi parti itu dipertandingkan.
Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan yang akan dipertandingkan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan juga ketua-ketua pergerakan.
Beliau memberitahu, mana-mana pemimpin dan ahli yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding, mereka diberi peluang mendaftarkan diri dalam talian bermula 1 hingga 17 Jun ini selewat-lewatnya pukul 5 petang.
“Semua jawatan yang ada mengikut Perlembagaan UMNO bebas dipertandingkan.
“Tidak timbul soal bahawa tidak ada pertandingan bagi jawatan-jawatan tertentu dalam UMNO. Saya dan Pemangku Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berlapang dada dan bersifat terbuka mahu jawatan ini ditandingi sesiapa sahaja mengikut kriteria yang ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan MT UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment