Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 17 May 2018

Luahan Rakyat : NEGARAWAN ISLAM DI HINA SELAMA 6 JAM DI MALAM PERTAMA RAMADHAN

Image may contain: 1 person, indoor
2 tahun saya saman beliau dan saya hamun beliau di social media. Saya bercakap ikut sedap mulut malah saya gelar dia pencuri, penyamun, perompak dan bangsat. Dr Mahathir memuji tindakan saya sebagai “wanita berani yang diperlukan negara”.
Apa pun yang saya lakukan, DS Najib langsung tidak ganggu saya. SB tak pernah panggil saya ke balai. Saya berhenti kerja secara sukarela kerana saya perlu bertanggungjawwb terhadap Unirazak. DS Najib tidak pernah keluarkan arahan untuk memberi tekanan kepada saya.
Semalam selepas seminggu berjaya menang PRU14, Kabinet pun belum lantik. Rangka kerajaan juga belum ada. Dr Mahathir lancarkan serbuan besar-besaran dengan menghantar Black Maria dan berpuluh-puluh kenderaan polis dengan anggaran hampir 300 anggota ke 5 premis dan lokasi utamanya adalah rumah DS Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Nak tangkap Botak Chin pun tidak sebesar ini serangannya. Nak tunjuk apa kepada dunia? Bagi saya drama ini hanya suatu bentuk pembersihan motif haram menjatuhkan keraajaan Islam yang mengangkatnya selama 22 tahun di puncak kuasa. Maka DS Najib Razak perlu kelihatan sebagai penjenayah besar.
Jika benar mahu selamatkan negara, bentuklah kabinet terlebih dahulu. Kenapa buat anak Tun Abdul Razak hina sebegini.
Modus operandi untuk tontonan umum ini adalah terlalu jijik, memualkan dan memalukan kerana saya bangsa Melayu beragama Islam. Tindakan Perdana Menteri semalam adalah penghinaan kepada bangsa Melayu beragama Islam.
Tun mungkin sudah berjaya jinak kan DS Wan Azizah dan Nurul Izzah, tapi wanita Melayu ini tidak akan tunduk kepada Tun selagi Allah memegang hati nya. DS Najib akan saya bela sehingga ke penghujung destinasi yang ditetapkan Allah. Saya hormati Tun sebagai manusia kerana saya juga akan bersama Tun saat jasad Tun terkujur dan dimasukkan ke liang lahad, tapi bukan dalam perjuangan.
Jika 5 tahun DS Najib Razak santuni Dr Mahathir dan saya sebagai pembangkang, kenapa Tun begitu zalim terhadap beliau?
Semalam DS Najib Razak diasak dan ditekan selama 6 jam tanpa belas ikhsan di malam pertama Ramadhan hingga dibiarkan tertidur di sofa sambil menunggu rumahnya digeledah dan tanpa diberi peluang menukar pakaian solat Teraweh.
Jika ini lah harga DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak, maka saya yakin kesemua Ahli Parlimen PH itu hanya “taik kuku” bagi Tun.
Apakah ini satu lambang kemegahan seperi mana membina KLCC bagi Dr Mahathir? Allahyarham bapanya adalah pejuang kemerdekaan yang juga membuka kawasan Felda untuk berpuluh ribu Melayu. Beliau sendiri Perdana Menteri yang memberi wang kebajikan kepada 7 juta rakyat selama 6 tahun dan membina beratus ribu rumah mampu milik kepada jutaan isi rumah. DS Najib Razak juga tinggalkan RM 430 billion dalam rezab negara. Beiau jauh lebih bijak dari Tun dalam pentadbiran ekonomi. Itu fakta.
Semoga Dr Mahathir bersama isteri dan anak-anak menikmati Ramadhan pertama dengan hati yang bahagia. Namun ingatlah hari pembalasan ketika berada dalam saat bahagia.
Anina Saadudin 

EMPIRICAL MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...