PASCA PRU14 ini semua orang tahu UMNO perlu bangkit dan menyusun kembali jentera dalam usaha merampas kembali pentadbiran negara ini menjelang PRU15.
Walaupun nampak masih jauh tapi dengan keadaan sekarang, banyak yang perlu dilakukan untuk merampas semula negara ini dari tangan mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Tidak berperikemanusiaan dalam erti kata menamatkan perkhidmatan beribu-ribu orang (majoriti Melayu) tanpa mengambil kira pertimbangan bulan puasa dan sambutan hari raya yang akan datang. Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody sendiri mengesahkan ekonomi negara ini baik walaupun setelah pucuk pimpinan bertukar tangan.
Maksudnya takkan bankrap negara ni kalau orang-orang ini dikekalkan sekurang kurangnya sehingga bulan depan. Selain perayaan, ada juga masa untuk yang terlibat membuat persediaan.
Apa pun, dalam tempoh yang sangat kritikal ini timbul pulak cadangan dari seseorang untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Ini bukan perkara baru kerana seawal 1950 lagi cadangan seperti ini telah ditimbulkan oleh pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar.
Begitupun dalam keadaan sekarang cadangan itu dilihat tidak sesuai langsung malah dipersetujui ramai ahli UMNO sebagai cubaan untuk lebih melemahkan UMNO saja lagi.
Ini bukan masanya untuk bereksperimen sebesar ini kerana UMNO perlu menumpukan apa yang menjadi sumber kekuatan UMNO dari dulu sehingga kini – orang Melayu.
Pihak lawan walaupun bereksperimen dengan menggunakan lambang sama untuk pertama kalinya tapi masih meletakkan seorang Melayu sebagai ketua. Membuktikan, asas politik Melayu itu masih penting walaupun untuk mereka.
Kenapa UMNO pulak nak jadi berbeza?
No comments:
Post a Comment