Kami mahu mengingatkan rakyat yang kerajaan negeri sekarang tidak menunaikan 51 janjinya sejak berkuasa tetapi gagal dilaksanakan sepanjang 10 tahun memerintah negeri ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan projek lereng bukit bagi pembangunan komersial di negeri ini.
Hanya dalam tempoh 10 tahun, sebanyak 39 projek lereng bukit diluluskan kerajaan negeri berbanding hanya empat projek yang diberi kebenaran ketika pentadbiran kerajaan BN.
“Apa yang rakyat dapat (daripada dasar DAP)? Dapat banjir. Rakyat juga dapat susah tetapi pemaju dapat projek (untung),” katanya.
Kenaikan tarif dan surcaj air yang dilaksanakan Kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak empat kali berbanding hanya sekali di bawah pentadbiran BN.
Sehingga kini banyak projek oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan gagal dan kerajaan negeri perlu menjelaskan pengurusan perbelanjaan yang dikatakan melibatkan kos berbilion ringgit.
Jelasnya, antara yang dianggap gagal ialah projek Aerobus yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Banyak lagi projek yang dikatakan dirancang sejak 2008 termasuklah kereta api bawah tanah, sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar dan pembinaan tasik buaya.
Pada 2009 pula, kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan akan membanteras tempat letak kereta haram, mengekalkan surcaj air serta mewartakan kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak tetapi ketiga-tiga projek berkenaan masih gagal.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pada 2010 turut menyatakan akan mempertahankan kebebasan media dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan akta kebebasan maklumat tetapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri melanggarnya.
Cakap kosong kerajaan negeri pada 2012 untuk mewartakan rancangan kawasan khas taman botani, pelaburan Blackberry, The Light Penang Waterfront Convention Center dan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik Bandar Cassia juga didakwa gagal.
Janji kosong itu juga berlarutan selama empat tahun sejak 2013 apabila kerajaan negeri menjanjikan pembinaan pelbagai taman rekreasi di beberapa kawasan yang masih tidak berjaya dilihat sehingga kini.
Perancangan itu termasuklah usaha mewartakan rancangan kawasan khas Bukit Bendera, pembinaan sistem transit ringan (LRT), pasar malam di Chow Rasta, rancangan struktur Pulau Pinang dan kesesakan lalu lintas.
No comments:
Post a Comment