Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 6 May 2018

Politik : Ahli DAP Sendiri Ragui Fahaman Cucu Tokoh Komunis

jamaliah Ahli DAP Sendiri Ragui Fahaman Cucu Tokoh Komunis
Kekejaman komunis masih lagi segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Oleh itu, apabila DAP meletakkan cucu tokoh komunis sebagai salah seorang calon mereka maka rakyat Malaysia mula gusar dengan kewujudan DAP dalam arena politik tanahair.
Calon DAP kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama adalah Jamaliah Jamaluddin. Dalam tulisannya tentang neneknya sebelum ini, Jamaliah menyatakan neneknya adalah idolanya dan menyifatkan Shamsiah Fakeh sebagai “wirawati dan pejuang bangsa”.
Ramai pihak mengaitkan DAP dengan perjuangan komunis sebelum ini. Pencalonan cucu tokoh komunis ini hanya menguatkan lagi desas desus yang kedengaran selama ini.
Bekas pemimpin kesatuan wartawan yang juga anggota DAP Damansara Hata Wahari mencabar Jamaliah berdebat bagi membuktikan cucu Shamsiah Fakeh itu bukan berfahaman komunis dan mendokong agenda Parti Komunis Malaya (PKM) yang disertai oleh neneknya.
“Tindakan Jamaliah berselindung di sebalik Pengerusi DAP Selangor (Tony Pua) yang juga pengerusi DAP Damansara dengan menyatakan bahawa beliau bukan seorang komunis sebaliknya seorang pendokong demokrasi bukan cara terbaik untuk membuktikan diri bahawa beliau tidak berfahaman komunis dan mendokong agenda komunis,” katanya.
Dalam surat terbukanya yang ditujukan kepada DAP sebelum ini, Hata Wahari mengecam pencalonan Jamilah dan menyifatkan ia sebagai tidak menghargai sokongan orang Melayu kepada DAP.
Mengulas perkara itu, Jamaliah menggesa semua pihak tidak menghakiminya berdasarkan neneknya dan menjelaskan dia mempunyai pengalaman sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sedangkan beliau dikatakan tidak ada apa-apa yang dibuat oleh beliau.
Malah Jamaliah dikatakan melakukan tindak-tanduk dan agenda-agenda yang mirip agenda songsang.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam mengulas isu itu berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu berkenaan kerana menganggap Jamaliah bukan seorang komunis, sebaliknya menyokong sistem demokrasi negara.
Masalah utama sekarang, ahli DAP sendiri mempertikaikan fahaman komunis Jamaliah walaupun ianya cuba ditepis Tony Pua. Mereka mahu berdebat dengan Jamaliah secara ilmiah, bersandarkan fakta bagi membuktikan samada beliau seorang yang berfahaman komunis atau tidak dan samada Jamaliah mendokong agenda komunis.
Sumber: Pru14.tv

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...