Tony Pua Kiam Wee merupakan calon Parlimen 106 Damansara bagi kali ke-3. Beliau telah mempertahankan kerusi tersebut selama dua penggal berturut-turut.
Beliau adalah seorang bekas ahli parlimen yang cukup lantang mempertikaikan urusan Mufti dan urusan hal ehwal agama Islam.
Pada tahun 2014, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin pernah menegur tindakan biadap Tony Pua yang mempertikaikan keputusan majlis itu melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih. Peliknya, fatwa tersebut tidak melarang hak orang bukan Islam untuk merayakannya sebaliknya hanya melarang orang Islam untuk terlibat.
Fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony Pua itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut membidas Tony Pua supaya tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.
Pada tahun yang sama juga, Tony Pua di laman Facebooknya menulis satu kenyataan seorang profesor berhubung hukum alat muzik menurut Islam.
“Yes, our tax-payers money is paying for this “Professor’s” salary,” tulis Tony Pua siang tadi.
Tujuan Tony Pua membuat kenyataan begitu untuk merangsangkan kebencian terhadap agama dan merosakkan keharmonian antara rakyat negara ini.
Disebalik kebiadapan beliau, ramai orang Melayu yang mempertahankan salah laku beliau atas alasan kebebasan untuk bersuara dan semangat “rahmah”.
Rakyat akan terus menilai, mereka berjanji untuk mengaburi masyarakat Muslim dengan pelbagai tawaran material dan pembangunan. Selepas mereka mendapat kuasa, apa yang mereka akan lakukan? Kami tinggalkan jawapan itu kepada anda.
Sumber: Pengundi Sedar
No comments:
Post a Comment