Hari ini seluruh masyarakat islam daerah Kulim bercakap mengenai kejadian yang berlaku di Masjid Sg Seluang, Lunas malam tadi sepertimana video yang disertakan ini.
Hampir semua umat islam termasuk saya sendiri tidak bersetuju dengan aktiviti atau ceramah berbentuk politik dalam masjid. Kerana institusi masjid adalah satu tempat yang mulia dan tempat menyatu padukan ummah.
Jika sekiranya hendak menegur atau membantah, di dalam masjid ada adab yang perlu dipatuhi. Apa salahnya datang tegur dengan baik ? Jika tidak puas hati boleh diajak berunding di luar masjid.
Anda boleh lihat dalam video ini di minit 0.30 bagaimana dua orang jemaah yang memahami adab masjid. Mereka datang menegur dan menenangkan lelaki yang sedang marah dengan penuh adab dan tertib.
Jika kita berkunjung ke rumah orang dengan membawa anak. Sekiranya anak kita tidak memahami adab ketika bertandang ke rumah orang atau anak kita jenis yang aktif, maka kita akan tegur anak kita dengan baik dan lembut. Kerana apa ? Kerana kita menghormati tuan rumah, kita faham adab bertandang ke rumah orang. Kemudian apabila memasuki kenderaan atau sampai di rumah, kita bebas untuk jentik telinga atau merotannya.
Bertandang ke rumah orang pun ada adab dan tertib yang perlu kita hormati, apatah lagi di Masjid iaitu Rumah Allah ? Susah tentu adab dan tertibnya jauh lebih tinggi. Perlu langkah masuk dengan kaki kanan. Betapa tingginya darjat masjid itu, Rasulallah pun berpesan sekiranya memasuki masjid janganlah kamu duduk sehingga kamu solat dua rakaat. Begitulah mulianya Rumah Allah. Bukannya masuk dengan cara yang samseng dan ala-ala mafia.
Tetapi itulah PKR sebuah parti yang dilahirkan melalui keganasan jalan raya. Diasuh dan dididik dengan keganasan dan sikap kurang ajar. Maka itulah jadinya sepertimana acuan yang membentuk kuih.
Oleh yang demikian berfikirlah secara waras wahai rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya sebelum anda membuang undi nanti. Jangan biarkan masyarakat dan anak cucu kita dipimpin oleh sebuah organisasi yang ganas dan biadab. Jika Rumah Allah pun mereka tidak hormati, apakah anda fikir mereka boleh menerap nilai-nilai murni kepada generasi kita yang akan datang ? Nauzubillah.
Mohd Akhir Shapie
Taman Bersatu
Kulim
P/S : Video anda boleh rujuk dalam link website di bawah ini....
No comments:
Post a Comment